Batasan Panjangnya Rambut Lelaki

 OLEH: Abu Aqif



عَنِ الْبَرَّاءِ بْنِ عَازِبٍ يَقُوْلُ مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِيْ لِمَّةٍ أَحْسَنَ مِنْهُ وَفِيْ رِوَايَةٍ كَانَ يَضْرِبُ شَعْرَهُ مَنْكِبَيْهِ

Dari Bara' bin Azib, dia berkata,

"Aku tidak pernah melihat rambut melampaui hujung telinga seorang pun yang lebih bagus dari (rambut) Rasulullah."


Dalam suatu riwayat lain,

"Rambut Rasulullah sampai mengenai kedua bahunya." [Hr. Muslim: 2337].


Abu Darda' pernah meminta nasihat pada Sahl bin Al Hanzholiyyah, di mana Sahl kala itu menyampaikan sabda Rasulullah ﷺ,


نِعْمَ الرَّجُلُ خُرَيْمٌ الأَسَدِىُّ لَوْلاَ طُولُ جُمَّتِهِ وَإِسْبَالُ إِزَارِهِ

"Sebaik-baik orang adalah Khuraim Al Asadi, seandainya rambutnya tidak panjang dan tidak memanjangkan sarungnya di bawah mata kaki"


Ucapan Nabi ﷺ tersebut ternyata sampai kepada Khuraim. Lantas dia segera mengambil pisau, kemudian memotong rambutnya sampai kedua telinganya dan mengangkat sarungnya hingga pertengahan kedua betisnya. [HR. Abu Daud no. 4089 dan Ahmad 4: 179. Disahihkan Syaikh Al Albani].

Hadis ini menunjukkan bahawa panjang rambut lelaki adalah tidak melebihi bahunya dan rambut yang panjang menunjukkan sifat kesombongan. Biasanya hanya wanita sahaja memerlukan penampilan menarik dengan berambut panjang. [Dipetik dari Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin dalam Syarh Riyadhis Sholihin, 4: 306-307].



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments