Punca Wabak Adalah Kerana Banyak Syirik Dilakukan Oleh Manusia

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Tidak syak lagi bahawa antara punca wabak adalah kerana banyak syirik dilakukan oleh manusia

Tiada dosa yang lebih besar, lebih dimurkai dan lebih dibenci Allah seperti syirik. 

Apabila diambil tandingan bagi Allah, Allāh amat murka sehingga hampir 7 langit dan bumi pecah, hampir2 gunung ganang runtuh kerana takut kepada kemurkaan Nya

Syirik bukan sahaja dilakukan oleh orang-orang jahil. Bahkan oleh orang-orang yang cerdik pandai dan bergelar ulama! Yang telah sampai kepada mereka hujjah2 tawhīd

وَأَنِ ٱسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِى فَضْلٍۢ فَضْلَهُۥ ۖ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍۢ كَبِيرٍ

(هود - 3)

Mohonlah keampunan dari Tuhan kamu dan kembali lah kepada Nya dengan penyesalan, nescaya Dia memberi kepada kamu nikmat yang baik sehingga tempoh tertentu, dan memberikan kelebihan kepada yang memiliki kelebihan... 

(Hud:3)



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments