Sekilas Ringkasan Tentang Imam Muhammad Ibn Abdul Wahhab Al-Tamimi (Hafizahullah)

OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin  Yahaya


Saya tak pasti kenapa isu berkaitan tokoh Mujaddid ini kembali tercetus. Ada sahabat-sahabat mencari buku ini. Saya ada beberapa puluh naskah lagi untuk diedarkan secara percuma. Siapa nak boleh pm FB saya. First come first serve basis ya. Saya juga nak pesan awal-awal memang saya tak mampu untuk uruskan sebarang pengeposan atau penghantaran. Siapa nak kena datang ambil sendiri di pejabat saya. Nanti pm untuk temujanji dan alamat. Gambar menunjukkan buku yang sama cuma cover buku sahaja berbeza, isinya sebiji sama.

Beliau ialah seorang Imam Mujaddid kurun ke 18 yang dilahirkan pada tahun 1703 bersamaan 1115H di sebuah negeri bernama Al-Uyainah, sebelum pembentukkan negara Arab Saudi.

Setelah membesar dan mengalami pelbagai ujian dalam dakwah, beliau akhirnya dibuang negeri dan berhijrah ke sebuah negeri juga di dalam semenanjung Arab bernama Al-Dir’iyyah. Ia sebuah negeri kecil yang diperintah oleh seorang Emir bernama Muhammad Ibn Saud. Beliau ialah datuk kepada Raja pertama kerajaan Arab Saudi moden, Raja Abdul Aziz Bin Abdul Rahman Aal Saud.

Akhirnya dengan kerjasama antara kedua tokoh ini, bermula era kerajaan Arab Saudi pertama. Emir Muhammad terus membesarkan empayar politik Aal Saud, sementara Al-Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab melebarluaskan gerakan dakwah Tauhid beliau ke setiap pelusuk empayar kekuasaan Aal Saud bahkan telah mula sampai keluar ke tanah Arab yang lebih jauh termasuk Iraq.

Saya sering ambil pengajaran dari perjuangan mereka berdua, bahawa dakwah dan politik adalah dua asas perjuangan yang wajib berjalan seiring, dan ia bukan sesuatu yang baharu. Ini lah asas sama yang ditauladankan oleh perjalanan dakwah Nabi kita Nabi Muhammad sallallaahu alayhi wasallam. 

Pengajaran kedua yang juga besar bagi saya dari kisah perjalanan kedua tokoh ini, bagaimana peranan penting yang dimainkan oleh seorang Muslimah dan isteri solehah dalam menasihati dan mempengaruhi seorang suami dalam urusan politik dan dakwah. Ia ditunjukkan oleh peranan yang dimainkan oleh isteri kepada Emir Muhammad Bin Aal Saud iaitu Moodhi sewaktu Al-Syaikh baru sahaja tiba di Kota Dir’iyyah. Di saat beliau menjadi da’i kontroversi, Moodhi lah yang menasihati dan mempengaruhi suaminya agar menyambut Al-Syaikh dan menyokong usaha dakwah beliau.

Moga Allah ampuni dan rahmati kedua tokoh agung ini.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments