Dalam Selawat Nak Sebut "Wasalam" ke "Wasalim"?

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Saya biasa dengar pengajian dan perkongsian oleh sebahagian asatizah tempatan di meja kuliah. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pada sebutan selawat dan salam.

Beberapa cara yang betul adalah seperti :

وَصَلَّى اللهُ علَى سَيِّدِنا مُحَمَّد وَعَلَى آلهِ وَصحْبِهِ وَسَلَّم

Atau :

اللهمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم

Fokus saya adalah pada sebutan selawat dan salam. Perhatikan pada dua contoh di atas. Jika kita menggunakan perkataan صَلَّى semasa selawat, kita juga perlu menggunakan perkataan سَلَّمَ semasa salam. Tidak tepat dari sudut bahasa Arab apabila kita sebut صَلَّى kemudian sebut سَلِّم pada hujungnya.

Sama juga apabila kita sebut صَلِّ semasa selawat, kita juga kena sebut ْسَلِّم pada salam, dan bukannya سَلَّم.

Biasa saya perhatikan perkara ini berlaku ketika kita menjarakkan sebutan selawat dan salam. Jika ia dibaca secara berdekatan, seperti وصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَى نبينا مُحَمَّد atau اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد, boleh dikatakan tidak pernah berlaku kesilapan tatabahasa setakat yang saya pernah dengar.

Saya pohon maaf. Hantaran kali ini sekadar perkongsian maklumat sahaja. Ia tidaklah melibatkan hukum hakam dan tidak perlulah tanya saya, haram ke kalau sebut begitu ? 😊



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments