Siapakah Ulama? Tuan guru? Siapakah Ustaz?

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Al-Imam Sufyan ibn ‘Uyaynah mengatakan bahawa seorang thiqah adalah ustaz (‘alim, tuan guru), walau ia seorang remaja. 

Ulama muslimin ialah golongan ilmuan yang thiqat dan disebut juga sebagai Ashab al-Hadith. Thiqah itu mempunyai dua syarat iaitu 

(i).bagus agamanya iaitu beraqidah salaf aswj, mempunyai tawhid yang sahih dan taqwa (bertawhid, melakukan yang fardhu dan amal salih yang menepati sunnah), meninggalkan segala syirik dan bid’ah dan maksiat. Mengimani sifat-sifat Allah tanpa tahrif dan ta’til, tanpa takyif dan tamthil. 

Disebut juga sebagai khashyatullah خشية الله (takut kepada Allah atau warak), takut melakukan syirik, bid’ah dan maksiat (dosa besar), tidak mengulangi dosa kecil dan memelihara maruah. Takut meninggalkan yang fardhu dan takut azab akhirat. Salaf telah ijma’ bahawa alim faqih ustaz itu adalah yang takutkan Allah, yang juga disebut thiqah. ‘Alim Sunnah itu terzahir pada dirinya Sunnah dalam setiap perkara.


Salafi ‘aqidah.

Syarat pertama seorang ustaz (‘alim) ialah beraqidah salaf, muwahhid, mengambil aqidah sahih dari al-Quran dan Hadith sebagaimana kefahaman salaf. Meyakini ALLAH tinggi di atas segala makhluk, istiwa’ haqiqi dengan zatNYA di atas arasy. Sesiapa yang beraqidah jahmiyyah atau quburiyyah, mengambil aqidah dari ilmu kalam dia adalah jahil mubtadi’ dhall, bukan ustaz alim, pengikut hawanafsu dan kesesatan, bukan pengikut Nabi dan Sahabat. 

Adapun ilmuan yang beraqidah jahmiyyah atau quburiyyah, mereka itu adalah ulama syirik, ahli kalam zanadiqah, kazzabun dan sesat, bukan ‘alim, bukan ustaz, bukan ulama muslimin. Tidak thiqah dalam aqidahnya. 

Yang beraqidah jahmiyyah, Mu'tazilah Murji'ah, Jabariyyah, sūfiyyah qubūriyyah bukanlah ustaz, bukan ulama....Itu Ahlul Kalam sesat dan menyesatkan

al-Imām Abu Muhammad al-Hasan ibn ‘Ali al-Barbahāri (233-329H) berkata, 

الْعِلْمُ لَيْسِ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ وَالْكُتُبِ، وَإِنَّمَا الْعَالِمُ مَنِ اتَّبَعَ الْعِلْمَ وَالسُّنَنَ ، وإنْ كَانَ قَلِيْلَ الْعِلْمِ وَالْكُتُبِ 

“Bukanlah ilmu itu dengan banyak riwayat hadith dan kitab-kitab (semata-mata). Sebenarnya alim itu ialah yang mengikuti (mengamalkan) ilmu dan sunnah-sunnah walau sedikit ilmunya dan buku-bukunya. 

وَمَنْ خَالَفَ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ ، فَهُوَ صَاحِبُ بِدْعَةٍ ، وَإِنْ كَانَ كَثِيْرَ الْعِلْمِ والْكُتُبِ

Sesiapa yang menyalahi al-Kitab dan al-Sunnah maka dia ahli bid'ah bukan alim, walau ia banyak ilmu dan kitab-kitab.” 

(al-Barbahari, Sharh al-Sunnah).

Ini ucapan yang sangat mantap dan padu, menjadi kayu ukur untuk menilai Ahl Sunnah dan Ahl Bid’ah, 'alim dan jāhil. Sesiapa yang menyeleweng dari tawhid yang sahih dan Sunnah, dia bukanlah ‘alim.

Kealiman kesarjanaan seseorang diukur dengan tawhid dan ibadah yang sahih, bukan semata-mata dengan ilmu yang banyak. 

Ini bermakna ustaz atau ‘alim hanyalah muwahhid sunni salafi. 

Manakala mubtadi’ walau banyak ilmu dan kitab, khatam Sunan Sittah dan Majmū' Nawawi, dia bukanlah alim, tetapi jahil sesat dan tidak diambil ilmu daripadanya.

‘Alim faqih ustaz adalah orang yang warak (‘afif), ‘abid, zahid dan salafi berpegang teguh kepada sunnah. Yakni salafi aqidah dan ibadah. Yang menganuti aqidah bid’ah atau beribadah dengan ibadah bid’ah atau amalan bid’ah, longgar dalam beragama, dan gila dunia, itu bukanlah alim bukan ustaz. Hatta ilmuan yang beraqidah Asha’irah, bukanlah ‘alim ustaz. 

(Asha’irah sesat mengatakan bahawa Allah tidak berkata-kata dengan suara dan huruf yakni hakikatnya Allah bisu, mengatakan Allah tidak menggunakan huruf, kalimah-kalimah, ayat-ayat dan bahasa tertentu, Tawrat, Injil dan Qur’an sama sahaja. Cuma menggunakan bahasa yang berbeza. Ini kekeliruan dan kufr akbar. 

Asha’irah menafikan ‘uluww ALLAH yang haqiqi dengan zatNYA di atas segala makhlukNYA, menafikan istiwa’ Allah di atas arasy, ini syirik akbar, kufr akbar dan riddah menurut ijma’. Asha’irah mentakrifkan tawhid dan la ilaha illa Allah secara batil, ini kufr akbar. 

Asha’irah mentakrifkan iman dan kufr secara batil dan ini juga kufr akbar. Sesiapa yang terbukti menganuti aqidah-aqidah kufr ini dan enggan bertaubat setelah ditegakkan hujjah, tidak sah solatnya, tidak sah solat dibelakangnya, dan sembelihannya bangkai. Tidak diziarahi ketika sakit, tidak disolatkan jenazahnya, tidak dikuburkan di perkuburan muslimin, tidak didoakan kerahmatan dan maghfirah untuknya).


Bersungguh-sungguh beribadah (‘abid)

‘Alim ustaz faqih ialah yang bersungguh-sungguh memelihara ibadah-ibadah fardhu, memelihara solat, puasa, dan zakat, tilawah dan zikir-zikir Sunnah. Beribadah dengan ikhlas, menepati Sunnah, dengan rasa takut, harap dan cinta kepada ALLAH. ‘Alim ustaz (juga disebut Ahlul Hadith) mestilah mempunyai wirid pada waktu malam, iaitu wirid solat malam dan tilawah. Sekiranya sakit atau  uzur, ia menggantinya pada waktu siang, sebagai mengamalkan hadith dan Sunnah. Hanya yang mengamalkan hadith sahajalah dianggap alim ustaz dan sohibu hadith. 

Ilmuan yang cuai atau malas beribadah itu bukanlah ‘alim ustaz. 

al-Imam Ahmad ibn Hanbal berkata, 

أهل الحديث كل من يستعمل الحديث

“Ahl al-Hadith (‘alim ustaz ) ialah setiap orang yang beramal dengan hadith.”

Berakhlak Mulia, 'Iffah, Warak, zuhud dan takut kepada Allah.

Ustaz ‘alim faqih berakhlak mulia dengan akhlak-akhlak kenabian seperti sidq, amanah, fatanah, memelihara maruah dan tabligh, bukan berakhlak dengan akhlak-akhlak munafiqin. Ustaz ‘alim itu thiqah tidak menipu, tidak mungkir janji, tidak mengkhianati amanah dan tidak melampau dalam perkelahian, tidak melakukan perbuatan yang merosakkan maruah. Bahkan bersifat iffah, warak dan zuhd.


Wahb ibn Munabbih (34-114H) berkata,

« الفقيه العفيف الزاهد المتمسك بالسنة : أولئك أتباع الأنبياء في كل زمان »

“Faqih ('alim ustaz) itu ialah 'afif (warak), zahid (tidak cenderung kepada dunia bahkan mencintai Akhirat) serta berpegang teguh kepada sunnah. Mereka itulah pengikut sebenar para nabi pada setiap zaman.” 

(Ibn Battah, al-Ibanah, 39; al-Ajurri, al-Shari'ah, 3)

Betapa ramai yang dianggap ulama (tuan guru) tetapi quburiyyun dan beraqidah jahmiyyah kuffar. Beraqidah dengan aqidah-aqidah syirik. 

(ii).Menguasai ilmu-ilmu Islam. Yang dinamakan ustaz (pakar) ialah yang menguasai ilmu-ilmu Ālat dan ilmu-ilmu Syarīah yakni terbukti dan diyakini (thiqah) dia seorang penuntut ilmu dan ahli ilmu. 

Ilmu-ilmu islam terbahagi kepada dua jenis; 

1-ilmu-ilmu syariah iaitu menguasai al-Quran dan Hadith, mengetahui dalil-dalil (bukan bertaqlid buta), banyak membaca hadith (20,000 ke atas termasuk kata-kata Sahabat dan Tabi’in), mengetahui sahih dan da’if, dan mengetahui Fiqh Hadith.  Termasuk ilmu ilmu-ilmu syariah ialah ilmu Tawhid, Fiqh, Hadith, Tafsir al-Quran, Ijma’  dan Khilaf, Fiqh Empat Mazhab, dan Maqasid al-Shari’ah. Mengetahui Ijma’, Athar, Fatawa dan Aqwal Sahabah seperti membaca Tafsir al-Tabari dan Musannaf Ibn Abi Shaybah dll. 

2-Termasuk maksud menguasai ilmu ialah mempelajari ilmu-ilmu Ālat iaitu, mengetahui Bahasa Arab, ‘Ulum al-Qur’an atau Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh atau Usul al-Shari’ah, Usul al-Hadith atau Mustalah al-Hadith atau ‘Ilm al-Rijal. Sesiapa yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Arab dengan baik, dia bukanlah alim ustaz (master). 

Sesiapa yang tidak menguasai ilmu-ilmu alat ia bukanlah penuntut ilmu, apalagi alim ustaz. 

Ilmu juga boleh ditafsirkan sebagai mengenal Allah, mengenal Rasul dan mengenal islam dengan dalil-dalil, sebagaimana yang disebut dalam al-Usul al-Thalathah. 

Ringkasnya thiqah itu sangat diyakini agamanya dan diyaqini ilmunya. Itulah sebenarnya alim dan ustaz. Bukan sekadar banyak ilmu tetapi penuh nifaq, bid’ah dan syirik. Bukan warak, rajin berceramah dan kuat beribadah sahaja sahaja tetapi jahil, dan lemah ilmu-ilmu syariah dan ilmu-ilmu alat dan lemah hafazan. Bukan sufiyyah zanadiqah batiniyyah wahdatul wujud, bukan qussas, bukan mubtadi’ah.


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments