Haram Menyakiti Jiran Walau dengan Bacaan al-Quran.

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Haram Menyakiti Jiran 

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa aman dari kejahatannya.” [HR Bukhari dan Muslim dan lain-lain] 

Berbuat Baik Kepada Jiran 

Dari ‘Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jibril terus menerus berwasiat kepada ku agar berbuat baik terhadap jiran, sehingga aku mengira dia akan menjadikannya sebagai ahli waris.” [Bukhari dan Muslim] 


Memberi Perhatian Terhadap Jiran

Dari Abu Dzar r.a katanya : Kekasih ku (Rasulullah saw) berwasiat kepada ku : “Jika kamu memasak sayur, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah jiranmu.” [Muslim dan lain-lain] Toleransi Terhadap Jiran


Menyakiti Jiran Penyebab ke Neraka. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seseorang berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Fulanah banyak melakukan solat, sedekah dan puasa (ibadat). Hanya saja dia menyakiti jiran dengan lisannya.’ 

Rasulullah saw bersabda, “Dia dalam Api Neraka.”

Dikatakan lagi, Sesungguhnya Fulanah diceritakan sedikit melakukan puasa dan solat. Tetapi dia bersedekah dengan beberapa potong keju dan tidak menyakiti jirannya.” (Kemudian) Rasulullah saw bersabda, “Dia di dalam syurga.” 

[Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim] 

Maksudnya : Islam bukan hanya menitikberatkan pelaksanaan ibadah fizikal semata-mata. Ia perlu seiring, iaitu pelaksanaan fizikal dan kerohanian (akhlak yang baik). Sesuai dalam firman Allah yang Maha Agung; Surah An-Nahl [16] : 90. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.




Berbuat baik dan tidak menyakiti jiran termasuk satu Cabang Dari Iman. 

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.” [Bukhari dan Muslim]

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments