Isu bulan Safar Merupakan Bulan Yang Diturunkan Bala

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Isu bulan Safar merupakan bulan yang diturunkan bala ialah merupakan salah satu keyakinan arab jahiliyyah. Disebabkan itulah mereka menghentikan perang didalam bulan tersebut bahkan mendakwa bulan tersebut merupakan bulan turunnya bala dan malapetaka. 

Rasulullah sendiri mula berhijrah pada bulan Safar,  begitu juga beliau mengahwinkan anaknya Fatimah pada bulan Safar, bahkan Rasulullah sendiri berperang dan melakukan beberapa siri peperangan pada bulan Safar termasuklah peperangan Khaibar. Begitu juga baginda berkahwin dengan Khadijah pada bulan Safar. Kesemua ini membuktikan bahawa dan  menolak tanggapan dan kepercayaan arab jahiliyyah yang menganggap bulan Safar merupakan bulan turunnya bala. 

Hakikatnya didalam Islam tiada bulan-bulan tertentu yang dikhususkan untuk turunnya rahmat dan bala kecuali bulan Ramadhan dan hari-hari tertentu didalam bulan Zulhijjah sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran.

Begitu juga terdapat hadith yang masyhur yang  menyatakan bahawa tiada sial majal didalam bulan Safar.

لا عدوى ولا طيرة ولا صفر ولا هامة

Tiada penyakit yang berjangkit ( dengan sendirinya), dan tiada kepercayaan burung ( memberi manfaat dan mudarat) dan tiada kepercayaan tertentu didalam bulan Safar dan tiada kepercayaan datangnya kecelakaan kerana burung hantu ( HR al-Bukhari)

Syeikh al- Azhim al- Abbadi didalam Aunil Ma'bud menjelaskan maksud لا صفر didalam hadith diatas selain ianya dikaitkan dengan penyakit didalam perut, ia turut dikaitkan dengan bulan Safar yang dianggap bulan kecelakaan bagi arab jahiliyyah.

Oleh kerana itu, usaha- usaha kepercayaan arab jahiliyyah ini perlu ditentang dan dihapuskan agar tidak berkembang semula. 


[Gerakan PENA Malaysia]


Malangnya ada sebahagian golongan muslim yang beranggapan bahawa benar turunnya bala pada bulan Safar sepertimana keyakinan arab jahiliyyah dan mereka mengkhususkan amalan-amalan tertentu bagi menolak bala yang datang pada bulan tersebut.

Sebilangan dikalangan mereka menolak bala dengan melakukan upacara mandi tolak bala pada hari Rabu akhir bulan. Sebahagian yang lain melakukan amalan tolak bala dengan melakukan solat sunat tolak bala dengan kaedah-kaedah tertentu juga pada hari Rabu akhir bulan Safar.

Kesemua amalan-amalan ini merupakan amalan rekaan yang tiada asalnya dan tiada dalil yang khusus.

Hakikatnya tiada unsur-unsur kecelakaan, bala dan musibah yang boleh dikaitkan dengan bulan Safar sepertimana dengan bulan-bulan lain. Tiada juga amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk menolak bala pada bulan Safar.

P/s: Kalau ingin mandi pada bulan Safar, boleh kerana asal hukum mandi itu harus kerana menyegarkan badan kecuali mandi-mandi yang disunatkan seperti mandi sunat Jumaat atau diwajibkan seperti mandi wajib. Tetapi tiada mandi tolak bala pada bulan Safar.

Begitu juga tidak ada larangan untuk bersolat sunat samada di bulan Safar atau bulan-bulan lain bahkan digalakkan dan dituntut untuk kita perbanyakkan solat sunat.

 Dalam masa yang sama tiada solat sunat khusus bagi tolak bala pada hari Rabu akhir bulan Safar.

Wallahualam.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments