Kebaikan Membaca dan Hafaz Al-Quran

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Al-Quran adalah az-Zikr

هَذَا ذِكْرٌ مُبَارَكٌ أَنْزَلْنَاهُ.أَفَأَنْتُمْ لَهُ مُنْكِرُوْنَ

Dan Al Quran Ini adalah suatu Kitab (peringatan dan kemuliaan) yang mempunyai barakah yang Telah kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya? (50)

[Surah al-Anbiya’: 50]

Sesiapa yang membaca al-Quran bermakna dia telah berzikir menyebut nama ALLAH dan mengingatiNYA. Al-Quran ini mubarak (diberkati), dalam al-Quran ada barakah, sesiapa yang membaca al-Quran hidupnya penuh dengan barakah dan kebaikan. Rezekinya sentiasa cukup. Al-Quran adalah Zikr (kemuliaan), menjadi mulia muslim dan umat yang mengikuti al-Quran, kuat dan berkuasa. Dapat menguasai dunia.

Ahli al-Qur’an dan Ahli Hadith adalah orang-orang salih dan wali-wali ALLAH yang akan masuk ke dalam syurga bersama nabi-nabi, para siddiq, dan para shuhada’. In shaAllah.

Ibubapa para hafiz al-Qur’an diangkat darjatnya di dalam syurga, sehingga dianikkan ke tingkat syurga yang lebih tinggi, diberikan perhiasan yang lebih mahal dari dunia dan seisinya, dilayan seumpama raja.

Dikatakan, 

Hafiz al-Quran diizinkan untuk menyelamatkan 10 ahli keluarganya yang telah diwajibkan masuk ke dalam Api Neraka Jahannam. 

Ibubapa para hafiz al-Qur’an diangkat darjatnya di dalam syurga, sehingga dinaikkan ke tingkat syurga yang lebih tinggi, diberikan perhiasan yang lebih mahal dari dunia dan seisinya, dilayan seumpama raja.

Dikatakan, 

Hafiz al-Quran diizinkan untuk menyelamatkan 10 ahli keluarganya yang telah diwajibkan masuk ke dalam Api Neraka Jahannam. 

Sekiranya anak-anak tidak dimasukkan ke sekolah tahfiz al-Quran, apakah jawapan ibubapa di Akhirat nanti di hadapan Allah?! …

Ingatlah,  menghafaz al-Quran adalah amanah ALLAH, anak-anak adalah amanah ALLAH. ia adalah perintah ALLAH dan rasulNYA!


Perbanyakkanlah melihat dan meneliti al-Qur'ān.

Tanpa pengajian tahfiz Al-Quran, tidak mungkin dapat membersihkan mata dari dosa-dosa mata.

عناية السلف بكتاب الله عز وجل

🍃‏قال محمد بن قاسم بن سيّار، قلتُ لابي: يا أبتِ، أوصني. فقال: 
"أوصيك بكتاب الله، فلا تنس حظك منه، واقرأ منه كلّ يوم جزءاً، واجعل ذلك عليك واجباً". ( تاريخ علماء الأندلس)

Keseriusan Salaf terhadap al-Quran al-Kareem 

Muhammad bin Qasim bin Sayyar (m. 276 H) berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, nasihatilah aku." Jawab ayahnya: "Aku menasihatimu dengan kitabullah. Jangan engkau lupa bahagianmu darinya. Bacalah darinya satu juzuk setiap hari dan jadikanlah amalan ini satu kewajipan ke atasmu." (Tarikh 'Ulama' al-Andalus)


'Umar al-Khattab berkata, 

"Pelajarilah surah al-Baqarah, al-Nisa', Al-Ma'idah, Al-Hajj, dan
 al-Nur. Sesungguhnya dlm surah-surah ini ada fara'id (hukum-hukum Allah)."

HR alHākim, dinilai sahih oleh al-Zahabi.

 Berlindung dari sifat lalai kerana lalai adalah sifat ahli neraka Jahannam.

 'Abdullāh ibnu Mas'ūd radhiyallahu 'anhu berkata, 

"Sesiapa yang membaca 50 ayat pada satu malam,  ia tidak ditulis dari kalangan orang-orang yang lalai."

Al-Dārimī, sahih.

 'Abdullah Ibn 'Isā berkata, 

_"Membaca Hā Mīm al- Dukhan pada waktu malam menghasilkan keampunan dosa-dosa pada waktu pagi."_

HR Darimi, Sahih.


Menghafaz al-Quran ; 

Menguatkan otak dan mencerdaskan akal

Hafiz al-Quran lebih berjaya dan lebih cemerlang apabila dewasa

Hafiz tidak ditimpa sakit jiwa

Menghafaz al-Quran mendekatkan seseorang kepada bahasa Arab, membantu pembelajaran Bahasa arab seseorang

Menanam dasar-dasar aqidah dengan lebih teguh dalam diri, memandu kepada iman dan taqwa.


Nasihat untuk penuntut-penuntut ilmu

Imam Syafi'i berkata
• - Semoga Allah SWT merahmatinya:

Penyakit seorang pelajar adalah bosan, kurang kesabarannya untuk mengikuti pelajaran dan kajian.

Kemudian dia berkata:
Orang yang bosan tidak akan menjadi hafiz (penghafal), tetapi orang yang menjadi Hafiz ialah yang berterusan pelajarannya, bersusah payah berfikir dan berjaga malam, tidak berjaya menghafaz orang yang memanjakan dirinya.

📜【Kisah-kisah dari al-Shafi`i (1/33) oleh al-Ajurri 】



HAFIZ AL-QURAN DIBERIKAN SYAFAAT OLEH AL-QURAN

Rasulullah saw berkata, 
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ...».
“Bacalah al-Quran sehingga menghafaznya, kerana ia akan datang pada Hari Qiyamat sebagai pemberi syafaat kepada ahli-ahlinya…” (HR Muslim, 804)

Ahli-ahlinya ialah yang sentiasa membacanya, menghafaznya dan beramal dengannya, (terutamanya suruhan dan larangan dalam surah al-Baqarah, Ali ‘Imran dan al-Nisa’), meninggalkan segala syirik, dan bid’ah dan meninggalkan semua maksiat semampunya. Teguh di atas tawhid, membacanya pada waktu-waktu malam, bersolat, beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, menyuruh kepada makruf (tawhid), mencegah minkar (syirik), bersegera dalam segala kebaikan (khayrat).

Ahli-ahli al-Quran adalah muhsinin - Berbuat ihsan kepada Allah, dan manusia, binatang, tumbuhan dan jamadat. Sedikit tidur kerana solat tahajjud dan membaca al-Quran, beristighfar pada sahur, mendermakan harta kepada orang meminta-minta dan golongan yang malang. Kerjanya tidak melalaikanya dari zikrullah, solat jamaah, zakat, puasa mereka beribadah kerana takut azab Hari Akhirat, azab api neraka Jahannam.

Antara point terbesar dalam surah al-Baqarah ialah - tawhid, sifat-sifat ALLAh, kursiyy Allah, zikir, solat, sabar, zakat, taqwa, haji, umrah, keadaan pemimpin dan pengikut pada Hari Qiyamat (165-167), qisas, fara’id, puasa, nikah talaq, hukum haid, ‘iddah, khul’, ila’, penyusuan anak, hokum meminang, hokum halal haram seperti riba, anak yatim, hutang piutang, hukum sumpah, infaq di jalan Allah, arak dan judi, amanah, sihir, hokum merosakkan masjid, memelihara kitab Allah, hokum perang dan dakwah tawhid. Antara lain ialah sejarah para nabi iaitu Adam, Ibrahim, Ismail, dan Musa. Sifat-sifat Yahudi, musyrikin dan munafiqin. 

Point utama dalam surah Ali ‘Imran selain keimanan tentang nabi-nabi, ialah sifat-sifat Allah, sifat-sifat taqwa, musyawarah, akhlak, mubahalah, pengharaman riba, pengajaran-pengajaran dari Perang Badr dan Uhud.

Dalam al-Nisa’, disebut kewajipan taqwa, memelihara anak-anak yatim, perkahwinan, dan pembahagian harta pusaka. Tawhid dan syirik, kewajipan iman dan bahaya kufr, kewajipan bertahkim kepada Allah dan Rasul serta menjauhi taghut, mentaati Kitabullah dan Sunnah Rasul

Hukum-hukum syariah: Kewajipan para wali; hukum poligami; mas kahwin; memakan harta anak yatim dan orang-orang yang tak dapat mengurus hartanya; hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya, wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini budak perempuan; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuz; kesucian lahir batin dalam sembahyang; hukum suaka; hukum membunuh seorang Islam; solat khawf; larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk; masalah pusaka kalalah.

Hafiz Hafizah Al-Quran Dapat Menaiki Tingkat Syurga Tertinggi

يُقالُ لصاحبِ القُرآنِ يومَ القيامةِ اقرَأْ وارْقََ ورتِّلْ كما كُنْتَ تُرتِّلُ في الدُّنيا فإنَّ منزلتَك عندَ آخِرِ آيةٍ تقرَؤُها».

“Pada Hari Qiyamat (di dalam syurga) dikatakan kepada Ahli Al-Quran: 
‘Bacalah, naikilah tingkat syurga yang lebih tinggi dan perelokkanlah bacaan al-Quran dengan tartil, sepertimana engkau memperelokkan bacaannya di dunia, sesungguhnya tempat kamu akan ditentukan berdasarkan ayat terakhir yang kamu hafaz.”
.
(HR Abu Dawud dalam Sunan Abi Dawud, Kitab Tafri’ Abwab al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qira’at, hadith 1464, al-Tirmidhi, al-Nasa’ei dan Ahmad, hadith ini hasan sahih)
.
Ulama Hadith berkata, 
Zahir hadith ini menunjukkan bahawa tidak mendapat kelebihan ini (syurga tertinggi), *melainkan hafiz al-Quran yang mutqin sahaja, yang ikhlas kerana Allah, membacanya dengan hafalan yang lancar dan bagus, beramal dengannya, warak, melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.* Bukan hafiz yang munafiq, kazzab, musyrik atau bid’ah. Hafiz, bukan sekadar pembaca Quran yang rajin membacanya tanpa menghafaznya.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments