Kesalahan Dalam Solat

 OLEH: Abu Aqif


Ramai yang terlepas pandang bahawa merapatkan jari ketika rukuk dan merenggangkan jari ketika sujud sebenarnya adalah kesalahan di dalam solat.

Nabi ﷺ bersabda:

وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

"Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat." [HR. Bukhari, 3/7, no. 595].

Nabi perintah lakukan solat sebagaimana yang Nabi lakukan. Jadi bagaimana jari Nabi ketika rukuk dan sujud?

Jawapannya, mestilah melihat kepada dalil.


Meregangkan Jari Ketika Rukuk

فَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ كَفَّيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ وَفَرَّجَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ

"Jika rukuk, beliau meletakkan dua tangannya di lututnya dan merenggangkan jari-jemarinya." [HR. Abu Daud no. 731. Disahihkan Al Hafizh Abu Thohir].

ثُمَّ رَكَعَ فَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ كَأَنَّهُ قَابِضٌ عَلَيْهِمَا

"Kemudian beliau rukuk dan meletakkan kedua tangannya di lututnya seakan-akan beliau menggenggam kedua lututnya tersebut." [HR. Abu Daud no. 734, Tirmidzi no. 260 dan Ibnu Majah no. 863. Disahihkan Al Hafiz Abu Thohir].



Merapatkan Jari Ketika Sujud

Dari Wail bin Hujr, dia berkata,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ « إِذَا سَجَدَ ضَمَّ أَصَابِعَهُ »

"Ketika sujud, Nabi ﷺ merapatkan jari jemarinya." [HR. Hakim dalam Mustadrok 1: 350].

Renggangkan jari ketika rukuk dan rapatkan jari ketika sujud. Jangan terbalik pula ya. Semoga bermanfaat. بارك الله فيكم

Kredit: rumaysho.com




Rukuk Pegang Selain Lutut

Rukuk mesti pegang lutut. Bukan pegang tulang keting, bukan pegang peha. Dalilnya,

فَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ كَفَّيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ وَفَرَّجَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ

"Jika rukuk, beliau meletakkan dua tangannya di lututnya dan merenggangkan jari-jemarinya." [HR. Abu Daud no. 731. Disahihkan Al Hafiz Abu Thohir].

ثُمَّ رَكَعَ فَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ كَأَنَّهُ قَابِضٌ عَلَيْهِمَا

"Kemudian beliau rukuk dan meletakkan kedua tangannya di lututnya seakan-akan beliau menggenggam kedua lututnya tersebut." [HR. Abu Daud no. 734, Tirmidzi no. 260 dan Ibnu Majah no. 863. Disahihkan Al Hafizh Abu Thohir].

Semoga bermanfaat. بارك الله فيكم


Mengikat Rambut

أَنَّ كُرَيْبًا مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ، حَدَّثَهُ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ رَأَى عَبْدَ اللهِ بْنَ الْحَارِثِ، يُصَلِّي وَرَأْسُهُ مَعْقُوصٌ مِنْ وَرَائِهِ فَقَامَ فَجَعَلَ يَحُلُّهُ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ، فَقَالَ: مَا لَكَ وَرَأْسِي؟ فَقَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّمَا مَثَلُ هَذَا، مَثَلُ الَّذِي يُصَلِّي وَهُوَ مَكْتُوفٌ

"Kuraib, maula Ibnu Abbas رضي الله عنهما, telah menceritakan khabar dari Abdullah bin Abbas, bahawa beliau pernah melihat Abdullah bin Harits solat dengan keadaan rambut kepala terikat di belakangnya. Lalu Ibnu Abbas bergegas melepas rambut yang terikat itu.

Selesai solat, Abdullah bin Harits menemui Ibnu Abbas lalu bertanya, "Mengapa anda memperlakukan rambut kepalaku seperti itu?"

Jawab Ibnu Abbas, "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Permisalan orang yang solat dengan rambut terikat seperti ini, seperti orang yang solat dengan keadaab kedua tangannya diikat ke belakang." [HR. Muslim dan yang lainnya].

Ibnu Abbas mengkhabarkan dari Rasulullah ﷺ sabda beliau,

"Kita diperintah untuk sujud di atas tujuh tulang dan kita tidak boleh menahan pakaian dan rambut (ketika sedang mengerjakan solat)." [HR. Al-Bukhari no. 810, 815, 816 dan Muslim no. 490, 1095].

Makna لاَ نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَالشَّعْرَ disebutkan dalam An-Nihayah maksudnya menggabungkan dan mengumpulkannya agar tidak tersebar.

*Rambut Bersujud, Dapat Pahala Bagi Setiap Helai Rambut*

Sahabat Ibnu Mas'ud رضي الله عنه menjelaskan hikmahnya, ketika beliau menegur seorang yang solat dengan rambut terikat,

إذا صليت فلا تعقص شعرك، فإن شعرك يسجد معك، ولك بكل شعرة أجر

"Jika anda solat, jangan diikat rambut anda, kerana rambut anda akan ikut sujud bersama anda. Dan anda mendapat pahala dari setiap helai rambut anda." [HR. Ibnu Abi Syaibah, dinukil dari Nailul Author 2/379].


Larangan Mengikat Rambut Hanya Di Dalam Solat Sahaja

 Imam Malik رحمه الله‎‎ menjelaskan,

النهي مختص بمن فعل ذلك للصلاة

"Larangan ini hanya berlaku untuk orang yang mengikat rambutnya ketika solat sahaja." [Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyyah, 26/110].


Larangan Mengikat Rambut Ketika Solat Khusus Bagi Lelaki Sahaja

Dalam Nailul Author, Imam Syaukani رحمه الله‎‎ menukil penjelasan Imam Al 'Iroqi رحمه الله‎‎ berkenaan hadis di atas,

وَهُوَ مُخْتَصٌّ بِالرِّجَالِ دُونَ النِّسَاءِ ؛ لِأَنَّ شَعْرَهُنَّ عَوْرَةٌ يَجِبُ سَتْرُهُ فِي الصَّلَاةِ ، فَإِذَا نَقَضَتْهُ رُبَّمَا اسْتَرْسَلَ وَتَعَذَّرَ سَتْرُهُ فَتَبْطُلُ صَلَاتُهَا

"Larangan tersebut berlaku khusus untuk lelaki, bukan untuk perempuan, kerana rambut perempuan adalah aurat. Wajib ditutup ketika solat. Jika rambut itu terurai, boleh menyebabkan terlihat keluar dari hijab, dan dia tidak mampu menutupinya. Sehingga akan menyebabkan batalnya solat. [Nailul Author 2/379].

Bagaimanapun solat tetap sah tetapi makhruh. Rujuk Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyyah, 26/109.

* Sikap Muslim apabila sesuatu itu makhruh, berusahalah untuk menghindarinya. Bukan boleh, maka dilakukan sewenang-wenangnya.

Semoga bermanfaat.  بارك الله فيكم.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments