Pendekkan Khutbah, Panjangkan Solat Jumaat

 OLEH: Abu Aqif


Muslim telah meriwayatkan:

 عَنْ وَاصِلِ بْنِ حَيَّانَ قَالَ: قَالَ أَبُو وَائِلٍ: خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ فَقَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُـولَ اللهِ J يَقُولُ إِنَّ طُولَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَـرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلاَةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ لَسِحْرًا. 

"Dari Washil bin Hayyan, dia berkata, Abu Wa'il berkata, 'Ammar pernah memberi khutbah kepada kami dengan singkat dan padat isinya. Dan ketika turun, kami katakan kepadanya,

"Wahai Abu Yaqzhan, sesungguhnya engkau telah menyampaikan dan menyingkat khutbah, kalau sahaja engkau memanjangkannya."

Maka dia menjawab, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,

"Sesungguhnya panjangnya solat  seseorang dan pendek khutbahnya menjadi ciri pemahaman yang baik dalam agama. Oleh kerana itu, panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah, dan sesungguhnya di antara bahagian dari penjelasan itu mengandung daya tarik." [HR. Muslim no. 869].




Di dalam riwayat Ahmad menyatakan,

"....Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah melarang kami untuk memanjangkan khutbah." [HR. Ahmad no. 18410].

An-Nawawi رحمه الله‎‎ mengatakan,

"Yang dimaksud dengan hadis di atas adalah bahawa solat yang lebih dipanjangkan daripada khutbah, namun bukanlah panjang yang dapat menyusahkan para makmum." [Syarh Muslim Kitab al-Jumu'ah, bab Takhfiifish Shalaah wal Khutbah].

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments