Tugas Kita Hanyalah Menyampaikan

 OLEH: Abu Aqif


Firman Allah,

وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

“Dan kewajipan kami tidak lain HANYALAH MENYAMPAIKAN (perintah Allah) dengan jelas.” [QS. Yasin: 17].

Syaikh Abdurrahman As-Sa’diy menjelaskan bahawa tugas kita hanya menyampaikan, apabila diterima maka alhamdulillah, apabila ditolak, maka sudah bukan kewajipan kita (memaksa perubahan).

Beliau berkata,

وإنما وظيفتنا -التي هي البلاغ المبين- قمنا بها، وبيناها لكم، فإن اهتديتم، فهو حظكم وتوفيقكم، وإن ضللتم، فليس لنا من الأمر شيء.

“Tugas kami hanyalah menyampaikan dengan ilmu yang jelas, kami lakukan dan kami jelaskan bagi kalian. Apabila kalian mendapat hidayah, maka itulah keberuntungan dan taufik bagi kalian. Apabila kalian tetap tersesat, maka tidak ada kewajipan bagi kami lagi.” [Lihat Tafsir As-Sa’diy].


Menyampaikan dengan ilmu ilmiah dan cara yang lembut dan hikmah. Inilah yang disebut dengan “hidayah al-irsyad wal bayan”.

Semua boleh memberikan hidayah ini dengan ilmu, sebagaimana firman Allah pada Rasul-Nya ﷺ,

وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar MEMBERI HIDAYAH/petunjuk kepada jalan yang lurus” [Asy-Syuuraa: 52].

Adapun memberikan hidayah dengan mengubah orang lain, maka ini hak khusus Allah, iaitu memberikan “Hidayah at-taufiq”. Bahkan Nabi ﷺ tidak mampu memberikan hidayah ini. Sebagaimana firman Allah,

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) TIDAK akan dapat MEMBERI HIDAYAH (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”. [Al Qashash/28 : 56].

Berdakwah itu sederhana

Apabila diterima Alhamdulillah

Apabila ditolak, jangan dipaksa menerima

Jangan dimusuhi tetapi didoakan

Kerana dia masih saudara kita se-Islam

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments