OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
Dalam kuliah ini, saya ada tekankan bahawa : Dalam agama ini, tidak cukup sekadar kita mengetahui sesuatu perkara itu baik atau buruk. Bahkan yang lebih penting, apa yang kita lakukan selepas kita mengetahui sesuatu itu baik dan sesuatu itu buruk ?
Al-Hafiz Ibn Katsīr mengongsikan sebuah doa dalam tafsirnya :
اللَّهُمَّ، أَرِنَا الْحَقَّ حَقّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَوَفِّقْنَا لِاجْتِنَابِهِ
Maksudnya : Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar, dan rezekikanlah kami untuk MENGIKUTINYA. Dan perlihatkanlah kepada kami yang batil itu sebagai batil dan berilah taufiq kepada kami untuk MENJAUHINYA.
Rujuk Tafsir Al-Quran Al Azim, Ibn Katsir (1/571)
Ya. Bahkan inilah ciri manusia yang sempurna akalnya. Tidak memadai sekadar tahu baik dan buruk. Bahkan perlu diikuti dengan mengikuti kebaikan dan menjauhi keburukan.
Kata Al-Imam Sufyān Ibn Uyainah :
ليس العاقل الذي يعرف الخير والشر، إنما العاقل الذي إذا رأى الخير اتبعه وإذا رأى الشر اجتنبه.
Bukanlah orang yang berakal itu seseorang yang mengetahui yang baik dan yang buruk. Sesungguhnya orang yang berakal itu, apabila dia melihat kebaikan dia akan mengikutinya dan apabila dia melihat keburukan dia akan menjauhinya.

Comments
Post a Comment