OLEH: Ustaz Abu Sufian Bin Shafie
Saya seorang ayah kepada 5 orang anak perempuan dan dua orang kembar anak lelaki..
Tidak dinafikan, anak perempuan lebih mencabar cara mendidiknya.. Kita sebagai ayah amat berperanan besar untuk mendidik mereka.
Mendidik anak perempuan bermakna kita sedang mendidik generasi depan, bakal ibu yang melahirkan zuriat pewaris dan bakal isteri yang akan membantu suaminya dalam urusan dunia dan akhirat.
1. Anak perempuan lebih manja dengan ayah berbanding ibunya. Walaupun ibunya lebih penat dan rapat dengan anak.. Tetapi apabila si anak perempuan bersedih, dia tetap cari ayah.. Kerana fitrah lelaki sejati itu adalah melindungi dan memanjakan wanita.. Bahu si ayah kena kuat menanggung kesedihan anak, pelukan dan kehangatan si ayah mendamaikan hati anak perempuan yang sedang berduka.
2. Anak perempuan tertarik dengan sifat maskulin si ayah.. Tegas dalam kelembutan, lebih kelakar dan juga ada sifat memujuk yang tinggi. Bahu si ayah kena biasa menerima kebasahan titik air mata si anak.. Ianya mampu melentur sifat lemah lembut seorang wanita.
3. Anak gadis yang sudah remaja, jiwanya juga meronta ingin disayangi dan dicintai.. Jika kita sayangkan anak gadis kita, tak mahu mereka jatuh cinta kepada lelaki sebarangan.. Maka si ayah lah yang wajib melentur jiwa mereka. Didik mereka mencintai lelaki yang bertaqwa. Si ayah juga kena tunjukkan contoh sebagai lelaki terbaik.
4. Si ayah juga bertanggungjawab mencari pasangan yang terbaik untuk mereka. Jangan biarkan mereka hanyut dalam cinta remaja yang melalaikan.
5. Sekali sekala, anak gadis ini perlu juga di layan sesuai dengan fitrah mereka.. Bawa mereka makan-makan dan keluar bersiar-siar sekali sekala.. Dan si ayah mestilah menjadi pendengar setia untuk anak gadis mereka, kerana jiwa remaja ini amat berat dan berkecamuk.
6. Paling penting, ajarkanlah mereka aqidah yang benar, mengenal Allah dan Rasul, mendalami sumber wahyu, Al Quran dan Sunnah. Didik mereka dengan akhlak yang mulia, terutamanya lidah.. Kerana mereka nanti adalah bakal ibu dan bakal isteri orang Muslim.
Ceritakan kepada mereka akhlak generasi Salafussoleh, agar mereka dapat memgikutinya.
7. Bila sudah bernikah, biarlah mereka bersama suami mereka.. Jangan terlalu banyak mencampuri urusan rumahtangga mereka.. Jika mereka ada kesulitan dan pertelingkahan.. Jadilah orang tengah yang adil. Ajarkanlah anak gadis kita cara menghormati suami dan cara mendidik anak-anak.
InsyaAllah, semua ini boleh dicapai jika seorang ayah itu adalah seorang lelaki sejati dan menghiasi diri dengan ilmu serta sentiasa muhasabah diri.

Comments
Post a Comment