Nasihat Ustaz Izzat Al-Kutawi: Ghuluw Kepada Rasulullah?

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Kita tidak boleh ghuluww kepada sesiapa, termasuk kepada Rasulullah SAW. Antara ghuluww kepada baginda adalah dengan menyifatkan baginda secara melampau. Dalam hadis al-Rubayyi' bt. Mu'awwidh RA, baginda menegur hamba perempuan yang menyanyikan ungkapan "dengan kami ada Nabi yang tahu apa yang akan berlaku esok hari."

Selain itu, ia berlaku dengan cara mereka-reka dan menyebarkan kelebihan-kelebihan palsu kepada baginda seperti penciptaan alam kerana baginda, nur Muhammad, dan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku semasa kelahiran baginda. Semua ini mungkin tercetus dan disebarkan dengan niat yang mulia, tetapi hakikatnya tercela di sisi agama.

Syeikh Abu al-Fadl al-Ghumari (1413 H), muhaddith sufi dalam risalah Murshid al-Ha'ir li-Bayan Wad' Hadith Jabir mengatakan, "kelebihan Nabi SAW sabit dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih tanpa memerlukan apa yang disebutkan tentangnya berupa dusta dan ghuluww.”



[Gerakan PENA Malaysia]



Comments