Ucapan Takziah Turki Kepada Israel

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


 Kerajaan Turki di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdoğan mengucapkan takziah kepada Israel atas kemalangan yang meragut puluhan nyawa dalam sebuah acara keagamaan Yahudi di negara tersebut baru-baru ini.

Demikian kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi Turki, Agensi Anadolu beberapa hari lepas.

https://www.aa.com.tr/.../turkey-offers.../2225806

------------------------

Bayangkan jika ucapan takziah tersebut datang daripada kerajaan Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz atau mana-mana wakil rasminya.

Percayalah waktu itu segala celaan dan tohmahan akan dilemparkan kepada Arab Saudi sebagai tali barut Israel, topeng Yahudi, persekongkolan Wahabi-Yahudi dan segala macam yang lain.

Sedangkan realitinya seperti mana Malaysia, negara Arab Saudi tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Yahudi itu dan sehingga kini tiada perancangan untuknya berbuat demikian. 

Malah negara itu sentiasa konsisten memperjuangkan isu rakyat Palestin dan mengkritik penindasan Yahudi ke atas mereka.

Hanya sahaja propaganda memburuk-burukkan negara khadam dua Tanah Suci Mekah dan Madinah itu sentiasa dimainkan oleh media kafir Barat dan wakil-wakilnya daripada kalangan golongan liberal dan pendukung ideologi Ikhwan Muslimin (Ikhwani).

Semoga Allah memelihara Malaysia, Arab Saudi dan semua negara Islam lain daripada tipu daya musuh-musuh Islam yang zahir dan tersembunyi.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments