Al-Fatihah Selepas Solat?

OLEH: Abu Aqif.

*Tiada Dalil Menjadikan Surah Al-Fatihah Sebagai Zikir Selepas Solat Fardu*

Berkata Syeikh Soleh bin Fauzan:

أمَّا قراءتها أدبار الصَّلوات؛ فلا أعلم له دليلاً من سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإنما الذي ورد هو قراءة آية الكرسي ، و { قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ } ، و { قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ } ، و { قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ }؛ وردت الأحاديث بقراءة هذه السُّور بعد الصَّلوات الخمس، وأمَّا الفاتحة؛ فلا أعلم دليلاً على مشروعيَّة قراءتها بعد الصَّلاة .

"Adapun membacanya (iaitu surah Al-Fatihah) setelah solat fardu maka saya tidak mengetahui dalilnya dari sunnah Rasulullah ﷺ. Yang ada dalilnya adalah ayat kursi, qul huwallahu ahad, dan qul a'udzu birabbil falaq, dan qul a'udzu birabbinnas. Telah datang hadis-hadis yang menunjukkan disyariatkan membaca surah-surah ini setelah solat lima waktu, adapun Al-Fatihah maka saya tidak mengetahui dalil yang menunjukkan disyariatkan untuk dibaca setelah solat." [Al-Muntaqa min Fatawa Al-Fauzan no: 133].

https://www.facebook.com/abdulrahmanabdollah/posts/3095858350685951

Demikian juga membaca Al-Fatihah sebelum dan setelah berdoa saya tidak mengetahui dalilnya.

Yang disunnahkan sebelum berdoa adalah memuji Allah dan membaca selawat, Rasulullah ﷺ bersabda:

إذا صلى أحدكم فليبدأ بتحميد الله والثناء عليه ثم ليصل على النبي صلى الله عليه و سلم ثم ليدع بعد بما يشاء

"Apabila salah seorang dari kalian berdoa maka hendaklah memulai dengan memuji Allah dan memujaNya, kemudian hendaknya membaca selawat atas nabi ﷺ, kemudian berdoa setelah itu dengan apa yang dia inginkan." [HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzy, Dari Fadhalah bin Ubaid dan disahihkan Syeikh Al-Albani].

Berkata Al-Lajnah Ad-Daimah:

لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقرأ الفاتحة بعد الدعاء فيما نعلم، فقراءتها بعد الدعاء بدعة.

"Tidak datang dari nabi ﷺ bahawasanya beliau membaca Al-Fatihah setelah berdoa sebatas pengetahuan kami, oleh kerana itu membacanya setelah berdoa adalah bidaah." [Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah 2/528].

Kredit: konsultasisyariah.com



Comments