Asyik Gaduh Je...

OLEH: Adam Iman.

ASYIK GADUH AKIDAH JE, BANTULAH KEBAJIKAN UMAT PULA! 

يَا مُحَمَّدُ، لَعَبد الْمُطَّلِبِ كَان خَيْرًا لِقَوْمِهِ مِنكَ، كان يُطعِمهُم الكَبِد وَالسَّنَام، وَأَنتَ تنحَرهم

"Wahai Muhammad, Abd al-Muttalib lagi baik dari engkau dalam melayan kaum sendiri. Beliau banyak sedekah makan dengan makanan-makanan yang enak & terbaik! Engkau pula mencela mereka [tuduh mereka syirik]."

"Inilah dia ustaz sekarang, nak gaduh pasal akidah sahaja kerja. Tapi kebajikan umat terabai, ke mana ekonomi umat Islam. Tahu tak ada yang tak makan?" 

Rasulullah pun kena sama juga, teman-teman.

Perkataan di atas [pada kicauan pertama] diluahkan oleh Husayn, [bapa kepada sahabat Imran b. Husayn] sebelum beliau masuk Islam. Husayn sebut begitu di depan Rasulullah. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad, al-Tahawi dalam Sharh Mushkil al-Athar, dll.



Comments