Larangan Jual Beli Selepas Azan Jumaat.

OLEH: Abu Aqif.

*Larangan Jual Beli Selepas Azan Jumaat*

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [QS al-Jumuah : 9].

*Hukumnya Haram*

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie, dan Hambali berpendapat HARAM jual beli selepas azan Jumaat. [Rujuk Mawahib al-Jalil, 2/180; al-Majmu', 4/419; dan al-Mughi, 3/162].

https://www.facebook.com/abdulrahmanabdollah/posts/3095007997437653

*Waktu Mula Larangan Jual Beli*

Di zaman Nabi ﷺ hanya ada sekali azan, iaitu ketika imam duduk di mimbar.

Jumhur ulama berpendapat azan mula larangan jual beli di zaman selepas zaman Nabi adalah selepas azan kedua iaitu ketika imam duduk di mimbar. Inilah yang lebih tepat, insya-Allah.

Ibnu Qudamah berkata,

"Azan di masa Rasulullah ﷺ adalah azan setelah imam duduk di mimbar. Maka hukum dikaitkan dengan azan kedua tersebut, sama sahaja adakah azan tersebut sebelum atau sesudah zawal (matahari tergelincir ke barat)." [Al-Mughni, 2/145].

*Adakah Larangan Termasuk Bagi Wanita?*

Ibnu Qudamah menjelaskan,

Haram jual beli dan wajib segera datang solat Jumaat, berlaku bagi mereka yang diperintahkan untuk solat Jumaat.

Sementara yang tidak diwajibkan untuk solat Jumaat, seperti wanita-wanita, anak-anak, atau musafir, larangan ini terkecuali. [Al-Mughni, 2/220].

Syaikh al-Utsaimin dalam menjawab persoalan ini menjelaskan,

"Ada dua orang wanita yang melakukan transaksi jual beli setelah azan kedua (khatib naik mimbar) pada hari Jumaat, adakah jual belinya sah?

Jawapan: Sah, kerana mereka berdua tidak diwajibkan untuk solat Jumaat.

Sehingga hukum jual beli terbahagi, sah bagi sebahagian orang dan tidak sah bagi yang lain.

Bagi wanita-wanita, silakan menjual dan membeli." [Syarah al-ushul min Ilmil Ushul, hlm. 183].

*Bagaima Pula Jual Beli Antara Lelaki Dan Wanita?*

Lanjutan dari fatwa di atas, kemudian Syaikh Utsaimin melanjutkan,

"Jika ada lelaki jual beli dengan wanita ketika azan Jumaat, maka jual belinya TIDAK SAH.

Kerana tidak mungkin wujud jual beli kecuali dengan interaksi dua orang untuk melakukan ijab qabul. Sementara jika terkumpul dua sebab dari hukum sesuatu perkara, antara 'larangan' dan yang 'membolehkan', maka larangan lebih diutamakan." [Syarah al-ushul min Ilmil Ushul, hlm. 183].

Di zaman serba canggih hari ini amat mudah transaksi dilakukan, hanya di hujung jari.

Perhatikanlah larangan ini, takut-takut jual beli yang berlaku tidak sah. Haram hukumnya, apatah lagi jika yang dibeli berbentuk makanan. Pengaruh negatif makan yang haram pada diri sangat banyak sehingga doa-doa tidak dimakbulkan, tubuh badan jadi tidak sihat dan paling teruk balasan azab di neraka.

Kredit:

1. rumaysho.com
2. konsultasisyariah.com



Comments