Nikmat Yang Agung!

OLEH: Ustaz Abu Asma' Yunus Zainal.

Nikmat yang besar apabila ada ahli keluarga dan sahabat-sahabat membantu usaha dakwah kita.

Doa Nabi Musa alaihissalam selepas diperintahkan berdakwah kepada Firaun:

وَٱجۡعَل لِّي وَزِيرٗا مِّنۡ أَهۡلِي

"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.

هَٰرُونَ أَخِي
"Iaitu Harun saudaraku;

ٱشۡدُدۡ بِهِۦٓ أَزۡرِي

"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,

وَأَشۡرِكۡهُ فِيٓ أَمۡرِي

"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,

كَيۡ نُسَبِّحَكَ كَثِيرٗا

"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,

وَنَذۡكُرَكَ كَثِيرًا

"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;

إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرٗا

"Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".

-Surah Ta-Ha, Ayah 29- 35



Comments