Berselawatlah Ke Atas Nabi Dengan Selawat Yang Sahih.

OLEH: Abu Aqif.

*Berselawatlah Ke Atas Nabi Dengan Selawat Yang Sahih*

*Allah dan malaikat berselawat kepada Nabi dan Allah perintah agar manusia juga berselawat kepada Nabi*

(إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً) (الأحزاب:56)

"Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat kepada nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kalian kepadanya dan juga ucapkanlah salam." [Qs. Al- Ahzab: 56].

https://www.facebook.com/abdulrahmanabdollah/posts/3110129289258857

*Orang yang paling dekat dengan Nabi adalah yang paling banyak berselawat*

Rasulullah ﷺ bersabda,

أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَةً

"Perbanyaklah shalawat kepadaku pada setiap Jumaat kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti." [HR. Baihaqi dalam Sunan Al Kubro].

*Apakah lafaz selawat kepada Nabi yang paling afdal?*

Lafaz selawat yang paling afdal adalah lafaz selawat seperti di dalam bacaan tasyahud di dalam solat atau dikenali juga sebagai selawat ibrahimiyyah.

Dari Ibnu Abi Laila beliau berkata:

"Aku bertemu dengan Kaab bin Ujrah kemudian beliau berkata:

"Mahukah kamu aku berikan hadiah yang aku dengar dari Rasulullah ﷺ?"

Aku berkata: "Ya, hadiahkanlah itu kepadaku."

Maka beliau berkata:

سألْنا رسول الله فقلنا: يا رسول الله كيف الصلاةُ عليكم أهلَ البيت، فإن الله قد عَلَّمنا كيف نسلِّم؟ قال: قولوا اللَّهُّم صلِّ على محمدٍ وعلى آل محمد كما صلَّيْتَ على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد، اللَّهُّم بارِكْ على محمدٍ وعلى آل محمد كما باركتَ على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميدٌ مجيد

Kami bertanya kepada Rasulullah ﷺ:

"Wahai Rasulullah, bagaimana cara berselawat kepada antum, wahai ahlul bait? Kerana Allah sudah mengajari kami bagaimana cara mengucapkan salam?"

Maka beliau bersabda: Katakanlah:

اللَّهُّم صلِّ على محمدٍ وعلى آل محمد كما صلَّيْتَ على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد، اللَّهُّم بارِكْ على محمدٍ وعلى آل محمد كما باركتَ على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميدٌ مجيد

Allahumma solli ala muhammad
Wa ala ali muhammad
Kama sollaita ala ibrahim
Wa ala ali ibrahim
Innaka hami dummajid

Allahumma barik ala muhammad
Wa ali muhammad
Kama barakta ala ibrahim
Wa ala ali ibrahim
Innaka hami dummajid

"Ya Allah, berselawatlah kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarganya, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Luas, Ya Allah, berkahilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberkahi ibrahim dan keluarganya, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Luas." [Muttafaqun alaihi].

Berkata As-Sakhawi (wafat tahun 902 H ):

استدل بتعليمه صلى الله عليه وسلم لأصحابه كيفية الصلاة عليه بعد سؤالهم عنها أنها أفضل الكيفيات؛ لأنه لا يختار لنفسه إلا الأشرف والأفضل

"Pengajaran Nabi ﷺ kepada para sahabatnya tentang cara berselawat kepada beliau setelah ditanya menunjukkan bahawa selawat tersebut adalah *selawat yang paling afdhal* caranya, kerana beliau tidak memilih untuk diri beliau kecuali yang paling mulia dan yang paling afdhal." [Al-Qaulul Badi' fish shalah 'alal Habib Asy-Syafi' As-Sakhawi hal: 47]

Ibnul Qayyim juga berkata:

وأكمل ما يصلى عليه به ويصل إليه هي الصلاة الإبراهيمية كما علمه أمته أن يصلوا عليه فلا صلاة عليه أكمل منها وإن تحذلق المتحذلقون

"Dan *selawat yang paling sempurna*, yang sampai kepada beliau adalah selawat Ibrahimiyyah, sebagaimana yang beliau ajarkan kepada ummatnya, maka tidak ada selawat yang lebih sempurna darinya, meski sebahagian orang merasa lebih pintar (mereka-reka lafaz selawat, -pent)." [Zadul Ma'ad 2/356].

Berkata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin:

وخير صيغة يقولها الإنسان في الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ما اختاره النبي صلى الله عليه وسلم للصلاة عليه بها

"Dan sebaik-baik lafaz selawat kepada nabi ﷺ adalah apa yang beliau pilih." [Majmuk Fatawa wa rasail Syeikh Muhammad Al-Utsaimin 13/230].

*Jauhi Lafaz-Lafaz Selawat Yang Bukan Dari Nabi*

Selawat adalah ibadah. Kaedah fiqh menyebutkan,

الأصل في العبادات التحريم

"Hukum asal ibadah adalah haram (sehingga adanya dalil)."

Maka pastikan lafaz-lafaz selawat yang ingin diamalkan mempunyai dalil yang sahih dari Nabi ﷺ.

Boleh berselawat dengan selawat yang telah dicontohkan oleh Nabi seperti,

selawat yang biasa diamalkan صلى الله عليه وسلم

atau الصلاة والسلام على رسول الله

atau اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ

Namun jauhilah lafaz-lafaz selawat yang terlarang dan ghuluw (berlebih-lebihan dalam memuji baginda) sebagaimana yang banyak berlegar pada hari ini yang kebanyakannya adalah selawat ciptaan manusia sehingga ada yang dijadikan seperti lagu-lagu yang dinyanyikan, sungguh ia bukanlah seperti yang diajarkan oleh Nabi ﷺ.

Kredit: 
1. rumaysho.com
2. darussalaf.or.id
3. konsulta



Comments