Berzikir Menghadap Berhala.

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman.

BERZIKIR MENGHADAP BERHALA 

Sangat tidak wajar.

Tempat-tempat sebegini sewajarnya dihindari oleh umat Islam kerana ia dimurkai Allah ﷻ.  

Apatah lagi mendatanginya untuk bermajlis zikir. Teramat tidak wajar.

Adakah mereka melihat bahawa tempat-tempat sebegini sama seperti masjid untuk beribadah dan berzikir? 

Jika demikian maka itulah fahaman sesat pluralisme yang menganggap bahawa semua agama sama serta pegangan mereka yang berfahaman wehdatul wujud yang mempercayai bahawa Allah wujud dalam segala makhluknya, waliyazubillah.

Ternyata bahawa sebahagian orang Islam menghadapi krisis akidah.

Idris bin Sulaiman 
Kajang 
03 Rejab 1443H /
05 Februari 2022 



Comments