Kegigihan Ulama Bersama Al-Quran

OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli.

Masih segar di ingatan saya, kata-kata Al-Syaikh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi semasa kunjungan beliau ke Mafraq dahulu.

Beliau cerita bahawa beliau baca Al-Quran sekurang-kurangnya sejuzuk sehari. Tempoh masa yang digunakan pula adalah di antara azan subuh dengan iqamah. Atau di antara azan Subuh pertama dengan azan yang kedua, saya tak berapa ingat. (Di Jordan jarak masa di antara azan subuh dengan iqamah ialah 30 minit).

Beginilah sikapnya seorang ahli quran sejati. Dalam kesibukan masanya sebagai pendakwah, sentiasa ada ruang yang diperuntukkan untuk bacaan Al-Quran.

رحمه الله رحمة واسعة



Comments