Mengapa Ada Ahli Akademik Merapu Dalam Agama?

OLEH: Ustaz Abu Azzam.

Mengapa ada ahli akademik merapu dalam agama? 
.
Dalam pengajian master phd sudah diajar membawa fakta-fakta ilmiah untuk setiap ayat dan perenggan.

Semua kritikan mestilah ilmiah mengikut kaedah-kaedah ilmiah tanpa emosi dan bias. 

Tetapi dalam urusan agama mereka tidak mengguna pakai prinsip dan kaedah ilmiah. Hanya menelan air liur guru, tunduk membuta tuli kepada ucapan dan pendapat guru maksum mereka

Dalam penulisan thesis mesti jujur, ilmiah dan profesional. Tetapi mereka itu (ya Subhanallah) mengikut manhaj Yahudi, Kristian dan Bal'am yang mengikuti hawa nafsu berbanding kebenaran, merapu menyeleweng dari tawhid, sunnah dan fakta ilmiah

Mengapa ada ahli-ahli akademik yang merapu, histeria, meracau, memaki hamun, emosi, tidak ilmiah dalam debat, ceramah dan penulisan mereka?
.

1- mereka tidak mempunyai niat jujur dalam beragama dan bukan benar-benar mencari kebenaran dan redha Allah

2- asas ilmu-ilmu Ālat dan ilmu-ilmu syariah mereka lemah, seperti lemah dalam bahasa Arab, tidak menghafaz Al-Quran, hadith dan tidak mempelajari fiqh 4 mazhab

3- telah menganut falsafah atau sesuatu ideologi sesat seperti ideologi Murji'ah, jahmiyyah Mu'tazilah Asha'irah maturidiyyah qubūriyyah musyrikin, atau Shiah rawāfidh atau Ahbash

4- pengecut dan bacul, tidak berani muhasabah dan mengkritik ideologi sendiri atau ideologi Tokguru maksum

5-master dan phd mereka ada penipuan, tidak betul-betul mengikuti kaedah-kaedah dan method ilmiah dan tiada di dalam nya kritikan-kritikan ilmiah. Sekadar melambak fakta-fakta tanpa dikritik sanad dan matan.



Comments