Niat Dalam Menghafaz al-Quran.

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Hafiz dan hafizah al-Quran yang memahami al-Quran, beriman dan mengamalkan isi kandungannya paling layak menjadi ‘alim dan ‘alimah (ahli ilmu asatizah ustaz ustazah) dan Ulama muslimin. Paling layak menjadi imam dan pemimpin negara. 

بَلْ هُوَ ءَايَٰتٌۢ بَيِّنَٰتٌ فِى صُدُورِ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَّا ٱلظَّٰلِمُونَ
(العنكبوت - 49)

(Al-Quran benar-benar datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan KAMI melainkan orang-orang yang zalim

(‘Ankabut: 49)

NIAT YANG BETUL DALAM MENGHAFAZ AL-QURAN

1. Untuk mendapat tawhid dan iman sahih, bersih dari segala syirik, nifaq, kufr, bid’ah dan maksiat.

2. Untuk menjadi orang-orang salih, bertaqwa dan ‘ibadur Rahman

3. Untuk memahami isi kandungannya, melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan al-Quran. 

4. Untuk menjadikan al-Quran sebagai imam, nur (cahaya yang menerangi jalan menuju Allah) huda, penunjuk jalan kepada jalan yang lurus, dan mendapat rahmat Allah di dunia, 

5. Untuk menjadi muslim sunni (Ahl Sunnah), selamat dari segala syirik dan kesesatan. 

6. Untuk membuktikan kecintaan kepada Allah dan RasulNYA

7. Untuk mengikuti Sunnah, meneruskan Sunnah Nabi dan Sahabat kerana menghafaz al-Quran adalah Sunnah. 

8. Agar mudah membaca al-Quran dalam solat dan tahajjud

9. Untuk selamat dari azab kubur, berjaya menjawab soalan kubur, mendapat teman di dalam kubur. Tidur lena dalam kubur. Supaya kubur mjd satu taman dari taman-taman syurga, mendapat baju syurga, tilam dari syurga dan haruman syurga, bukan satu lubng neraka. 

10. Untuk menjadi guru al-Quran, ‘alim faqih di sisi agama (bukan untuk mendapat gelaran tertentu dari masyarakat) yakni ‘alim di sisi ALLAH

11. Untuk mengumpul pahala yang paling banyak. Satu huruf diberikan 10 pahala. 100 huruf x 10 diberi 1000 pahala. 

12. Untuk menjadi wali Allah, manusia yang paling dekat kepada Allah dan paling dicintaiNYA (Ahlullah wa Khassatuh)

13. Untuk mendapat syafaat di mahsyar (naungan di mahsyar)

14. Untuk menggembirakan ibubapa, supaya ibubapa diberikan pakaian dan mahkota perhiasan yang lebih mahal dari dunia, diangkat ke darajat lebih tinggi dalam syurga

15. Agar sekiranya (semoga dijauhkan) diletakkan dalam Api Neraka, tidak terbakar, in shallah

16. Agar bertaqwa dan selamat melintasi Titian Sirat

17. Untuk mendapat syurga tertinggi bersama nabi-nabi, malaikat, dan Sahabat Nabi.



Comments