Perbuatan Yang Sia-Sia.

OLEH: Abu Zinnirah.

PERBUATAN YANG SIA2..‼️
.
.
Belum digelar seseorang itu sebagai tukang mandi jenazah sekiranya belum peka dalam ahkamul janaiz kerana urusan jenazah itu termasuk dalam urusan agama..
.
Sekurang2nya perlu tahu hukum asas dan halal haram sesuatu urusan jenazah itu...kerana kematian itu paling dkt dgnnya perbuatan khurafat yg dianggap baik tetapi menyimpang dalam bab akidah..
.
Semua orang boleh memandikan mayat tp hanya sebilangan shj yang ambil serius dalam bab hukum..berlumba2 dalam melakukan kebaikkan itu sgt wajar tetapi haruslah seiring dengan ilmu..kudrat semata2 hanyalah perbuatan yg sia2..

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718)

Sheikh al albani dalam ahkamul janaiz menegaskan..pengurus jenazah mestilah mereka yg paling dekat dengan sunnah..byk keburukkan drpd kebaikkan sekiranya org jahil menguruskan jenazah..daripada mudah mnjadi ssh..drpd ringan menjadi beban..drpd tawakkal menjadi tak masuk akal..drpd iman menjadi mainan dan drpd taqwa menjadi sambil lewa..
.
.
Inilah dia saban hari kifayah menjadi rebutan tetapi fardhu ain menjadi sampingan...sanggup memikul jenazah berat walaupun trpaksa meninggalkan solat.. Firman Allah dalam surah As Sajjadah apa kata mereka..

Ayat 12

وَلَو تَرىٰ إِذِ المُجرِمونَ ناكِسو رُءوسِهِم عِندَ رَبِّهِم رَبَّنا أَبصَرنا وَسَمِعنا فَارجِعنا نَعمَل صٰلِحًا إِنّا موقِنونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Semoga Allah sentiasa memelihara iman kita drpd keburukkan..

#TEAMFARDHUKIFAYAH 
#TFK
#DIARIPENGURUSANJENAZAH
#AHKAMULJANAIZ
#SUNNAH



Comments