Semoga Allah Membalas Dengan Kehinaan...

OLEH: Huzaifah Hadis.

Semoga Allah membalas dengan kehinaan setimpalnya mereka yang cuba menghinakan Allah dan Rasul serta mengutamakan guru-gurunya.

Allahul Mustaan Wa Alaihi Takulan.

Tiadalah tujuan Rasulullah itu datang melainkan menjadi utusan Allah. Bagindalah pengasas dan pembina agama yang mulia. Jikalau kita marah dengan pihak karikatur yang menghina nabi, maka lebih wajar untuk kita marah mereka yang secara jelas dan terang meremehkan kemuliaan nabi sekalipun mereka bersalutkan agama.

Sungguh berani dan lancang mulut orang yang berani mengutamakan tok guru mereka berbanding nabi dalam perkara yang jelas.

Saya pun tidak tahu siapakah ulama yang dimaksudkan. Sepanjang belajar ilmu agama, mendalami karya-karya para imam dan ulama muktabar kesemua mereka jelas mengutamakan Allah dan Rasul didalam pandangan mereka.

Begitu banyak ungkapan para imam mazhab yang menyatakan sekiranya pandangan mereka bercanggah dengan hadith yang sahih, maka tinggalkanlah pandangan mereka.

Allahul Mustaan...




Comments