Takkan Majoriti Orang Semua Salah?

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman.

“TAKKAN MAJORITI ORANG SEMUA SALAH.” 

Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. 

Kebenaran ialah apa yang menepati dalil Al-Quran dan hadis sahih tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya. 

Hanya kerana sesuatu pendapat itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu; sedikit atau ramai maka ia bukan dalil yang menunjukkan kebenarannya atau kebatilannya. 

Maka setiap pendapat perlu kepada dalil yang menyokongnya dan kenyataan seseorang itu bukanlah dalil melainkan sabda Nabi ﷺ.

Idris bin Sulaiman 
01 Rejab 1442H /
03 Februari 2022

-------------------

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah. 

https://t.me/penaustazidrissulaiman



Comments