Tiada Apa Melainkan Belitan Iblis.

OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya

Malam ni kalau para ustaz dan penceramah nak doa kat Allah agar tunjuk wajah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, tiba-tiba malam tu pakat mimpi wajah tu dan wajah ulama ni, muka pak kiyai tu, muka masyayikh ni.

Then apa yang umat dapat? Umat tak dapat apa melainkan belitan iblis. Ulama-ulama hebat duk tulis lama dah bahaya belitan iblis ni wahai para ustaz penyampai ceramah yang nak menjadi halwa telinga jemaah sekalian. 

Allah bagi rezki dan peluang ceramah tu, ceramah bawak umat kenal erti Tauhid vs Syirik. Kenal erti Sunnah vs Bidaah, kenal erti Iman vs Kufr. Kenal Sirah para Rasul Anbiya serta Sahabat. Ni sikit-sikit nak cerita kita mimpi, Tok Guru kita mimpi. Simpanlah mimpi kita untuk diri kita sahaja.

Tulah masyarakat kita pun, lepas tengok ceramah layan drama, lepas drama layan ceramah balik. Itu yang tak reti nak beza hati tu nak dengar ceramah ke nak dengar cerita penglipur lara. Ustaz lawak jadi rating pertama, ustaz pandai nyanyi ranking nombor dua, ustaz yang pandai jerkah pun kadang-kadang hampa boleh syok. Hmm.. patutlah takat tu ilmu agama tak ke mana.

Nak mengaji agama kena serius, bukan nk hiburkan hati. Sebab kita nak baiki kefahaman agama kita agar kita kembali dekat dengan Allah. Jadi bila nak g mengaji agama, persiapkan diri dan hati kita. Biar jelah niat di hati nak pergi mendengar ceramah tu untuk mendapat ilmu agar lebih baik ibadah dan ketaatan kita pada Allah. In shaa Allah automatik lama-lama hati kita akan aktifkan sendiri ‘filter’ untuk kita pilih ustaz dan penceramah yang berkualiti.

Mana-mana ustaz penceramah yang terbaca ni dan terasa, ambo minta ampun, tak kata kat ustaz.. kata kat ustaz lain.

Yang inginkan islah,
Ahmad Fazrin Yahaya (tak berapa nak ustaz)



Comments