Zikir Pagi Nabi.

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman.

ZIKIR PAGI NABI ﷺ

- Hidupkan as-Sunah, tinggalkan tokok tambah

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْحَمْدُ للهِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، ربِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ. 

“Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji hanya milik Allah. Tiada sembahan kecuali Allah, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dilah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhanku, aku memohon kebaikan pada hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMua daripada kemalasan dan keburukan di hari tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada seksaan neraka dan seksaan kubur.” 

[Hadis sahih. Riwayat Muslim. No. 2723]

Zikir pagi di atas afdalnya dibaca pada waktu solat Subuh sebelum matahari terbit. Sekiranya waktu tersebut terlepas maka boleh sahaja ia dibaca pada bila-bila masa sepanjang waktu pagi sebelum tamat waktu duha iaitu selang beberapa masa sebelum masuk waktu Zuhur. 

---------------- 

Adapun amalan-amalan yang disarankan dengan lafaz-lafaz dan bilangan-bilangan tertentu yang tiada nas dalilnya daripada Al-Quran mahupun hadis sahih maka selayaknya dijauhi dan ditinggalkan. 

Sabda Nabi ﷺ:

"Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak."

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Sabdanya ﷺ: 

"Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak." 

[Sahih. Riwayat Muslim] 

Tertolak ertinya tidak diterima Allah ﷻ, terbatal dan tidak mendapat apa-apa ganjaran. 

Bahkan orangnya layak mendapat dosa dan kemurkaan Allah ﷻ kerana tidak patuh Sunah Nabi ﷺ dalam beramal ibadah. 

Sedangkan Allah ﷻ berfirman.

"Dan apa yang dibawakan oleh Rasulullah maka terimalah ia, dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi". 

[Al-Quran, al-Hasyr, 59:7]

Nabi ﷺ telah membawa Sunah dan menegah tokok tambah. 

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah. 

Idris bin Sulaiman 
Kajang 
09 Rejab 1443H /
11 Februari 2022 



Comments