OLEH: Abu Aqif
Tatacara berbuka:
1. Baca بسم الله (Bismillah)
Rasulullah ﷺ bersabda,
يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ » . فَمَا زَالَتْ تِلْكَ طِعْمَتِى بَعْدُ
"Wahai Ghulam, sebutlah nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang ada di hadapanmu." [HR. Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022].
2. Makan kurma (ruthab - kurma basah)
Dari Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata,
ﻛَﺎﻥَ ﺭَﺳُﻮ ﻝُ ﺍﻟﻠِّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪً ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳُﻔْﻄِﺮُ ﻋَﻠَﻰ ﺭُﻃَﺒَﺎﺕٍ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﻳُﺼَﻠِّﻲَ ﻓَﺈِﻥْ ﻟَﻢْ ﺗَﻜُﻦْ ﺭُﻃَﺒَﺎ ﺕٌ ﻓَﻌَﻠَﻰ ﺗَﻤَﺮَﺍﺕٍ ﻓَﺈِﻥْ ﻟَﻢ ﺗَﻜُﻦْ ﺣَﺴَﺎ ﺣَﺴَﻮﺍﺕٍ ﻣِﻦْ ﻣَﺎﺀٍ
“Rasulullah ﷺ berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamar), jika tidak ada tamar maka minum dengan satu tegukan air.” [HR. Ahmad, Abu Dawud, sahih].
3. Selepas makan kurma dan minum air disunnahkan membaca doa yang sahih dari hadis Nabi ﷺ
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَاللهُ
"Zahabaz zama'u wabtallatil 'uruqu wa sabatal ajru insya Allah".
Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan, semoga ada pahala yang ditetapkan, jika Allah menghendaki.
[HR. Abu Daud 2/306, no. 2357, Sahih al-Jami' 4/209, no. 4678, Syarah Hisnul Muslim no. 176]
Nota:
Ditanya kepada Syaikh Abdul Muhsin al-'Abbad حفظه الله,
Soalan:
Hadis (yang menyebutkan doa berbuka puasa):
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
"Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah diraih pahala, insya Allah"
Adakah ini bentuk pengkhabaran yang dikhususkan bagi orang yang mendapatkan hal tersebut pada musim panas sahaja atau hendaklah diucapkan orang yang berpuasa walaupun dia tidak merasakan keringnya kerongkongan ataupun haus?
Jawapan:
"Yang nampak bagiku bahawa doa ini diucapkan secara mutlak (tanpa dibatasi dengan waktu atau keadaan, -pent), kerana rasa haus (pada orang berpuasa) mesti ada walaupun kadarnya berbeza-beza.
Dan zikir ini (boleh) diucapkan sebelum berbuka atau setelah berbuka, urusan dalam hal ini luas/mudah (boleh kita memilih)."
السؤال: حديث: (ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله) هل هذا الإخبار خاص بمن حصل له ذلك في حال الصيف، أم يقوله الذي صام وإن لم يشعر بجفاف عروق ولا ظمأ؟
الجواب: [ الذي يبدو أنه يقال مطلقاً؛ لأن الظمأ يوجد ولكنه يتفاوت. وهذا الذكر يقال قبل الإفطار أو بعده، والأمر في هذا واسع]اهـ.
[Syarah Sunan Abi Daud 27/272].
Kredit: rumaysho.com / muslim.or.id / Forum Ajurry
Comments
Post a Comment