Qada Solat Wajib Ketika Terawih?

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Ditanyakan kepada seorang ulama besar dalam bidang hadis serta tokoh agung bermazhab Al-Syafi’e, iaitu Al-Imam Al-Hafiz Ibn Al-Solah - rahimahullah - (wafat 643 h.)

رجل يَنْوِي فِي صَلَاة التَّرَاوِيح قَضَاء الْفَوَائت الَّتِي عَلَيْهِ فَهَل يحصل لَهُ فَضِيلَة قيام رَمَضَان لقَوْله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم من قَامَ رَمَضَان إِيمَانًا واحتسابا غفر لَهُ مَا تقدم من ذَنبه أم لَا ؟ وَهل الأولى أَن يُصَلِّي التَّرَاوِيح ثمَّ يقْضِي فِي وَقت آخر  ؟

Maksudnya : Seorang lelaki berniat di dalam solat tarawih untuk melakukan qada’ solat-solat fardu yang ditinggalkan yang menjadi tanggungan (kewajipan) ke atas dirinya, adakah dia memperoleh fadilat qiyam Ramadan berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W : Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, atau dia tidak memperolehnya ? Dan adakah lebih utama untuk dia solat tarawih kemudian dia lakukan solat qada’ pada waktu yang lain ?

Al-Hafiz Ibn Al-Solah menjawab :

لَا يحصل لَهُ فَضِيلَة قيام رَمَضَان وَإِنَّمَا يحصل لَهُ فَضِيلَة أَدَاء الْفَرَائض وَالْأولَى أَن يُصَلِّي التَّرَاوِيح وَيَقْضِي عقيبها مَا أَرَادَ أَن يَجعله من الْقَضَاء بدل التَّرَاوِيح وَالله أعلم

Maksudnya : Dia tidak memperoleh fadilat qiyam Ramadan. Sesungguhnya yang dia peroleh adalah fadilat melakukan solat-solat fardu. Yang utama adalah dia melakukan solat tarawih dahulu, lalu dia lakukan qada’ sesudahnya (dalam rakaat-rakaat yang berikutnya) yang dia ingin untuk menjadikannya sebagai qada’ yang menggantikan solat tarawih. Wallahu A’lam.

Rujuk Fatawa Ibn Al-Solah (1/236)


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments