Minta Maaf Sempena Ramadan

 OLEH: Abu Aqif

Minta maaf ni bukan ikut tema, bukan ikut musim. Tidak ada sambutan sempena minta maaf, tidak ada acara bermaafan sempena apa-apa sambutan. Tidak mengkhususkan hari-hari tertentu untuk meminta maaf.

Bila ada buat salah, bila ada buat dosa terus minta maaf, secepat mungkin. Itu yang Agama ajar.

Jangan ditangguh-tangguh, hingga nak masuk Ramadan baru minta maaf, hingga nak masuk raya baru nak minta maaf.

وَسَا رِعُوْۤا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَا لْاَ رْضُ ۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَ ۙ 

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." [QS. Ali 'Imran: 133].

Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ، فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ اليَوْمَ، قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ، إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ

"Barangsiapa yang pernah berbuat aniaya (zalim) terhadap kehormatan saudaranya atau sesuatu apa pun hendaklah dia meminta kehalalannya (maaf) pada hari ini (di dunia) sebelum datang hari yang ketika itu tidak bermanfaat dinar dan dirham. Jika dia tidak lakukan, maka (nanti pada hari kiamat) bila dia memiliki amal soleh akan diambil darinya sebanyak kezalimannya. Apabila dia tidak memiliki kebaikan lagi maka keburukan saudaranya yang dizhaliminya itu akan diambil lalu ditimpakan kepadanya." [HR. Bukhari no.2449].

Namun bagi mereka yang nak minta maaf belum temu waktu yang tepat melainkan ketika Ramadan menjelma atau Syawal menjelma tidaklah menjadi masalah.

Yang dibantah adalah mereka yang menjadikan ibadah meminta maaf ini sempena waktu atau bulan atau sambutan tertentu hingga menjadi acara tahunan atau seumpamanya.

الله أعلم.

Kredit: muslim.or.id


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments