Solat Qabliyah Subuh, Pahala Ramadhan Yang Dilupakan

 OLEH: Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan


Alhamdulillah bila tiba Ramadan pakat-pakat ambil peluang untuk raih pahala dengan solat sunat terawih.

Tapi sayang bila ramai yang terlepas pandang satu lagi solat sunat yang Nabi ﷺ sangat-sangat endorsed.

Solat sunat ni tak specific bulan-bulan tertentu; boleh buat sepanjang tahun. 

Lagi menarik, solat sunat ni, dua rakaat saja dan disarankan baca surah yang pendek. 

Tak... Bukan solat sunat Dhuha... Tapi solat sunat sebelum tu lagi...


Solat sunat sebelum solat Subuh.

Mungkin ramai dah tahu pasal hadis bahawa Nabi kata solat sunat qabliyah Subuh ni lebih baik daripada dunia dan isi dunia (hadis sahih riwayat Imam Muslim rahimahullah).

Ganjaran dah super special dah tu... 

Tapi qabliyah Subuh ni jadi super duper special atas 2 lagi sebab:

1- Nabi tak pernah tinggal qabliyah Subuh sekalipun sewaktu baginda musafir (hadis riwayat Iman an-Nasa'i rahimahullah). 

Padahal waktu musafir, Nabi tinggalkan semua solat sunat baginda kecuali qiam malam dan qabliyah Subuh ni.

(Ni pun boleh jadi pengajaran untuk kita waktu musafir [balik raya ke kampung] - tak perlu buat solat sunat rawatib kecuali qabliyah Subuh di surau lebuhraya).


2- Sekiranya tak sempat solat sebelum solat Subuh, Nabi sarankan qada' qabliyah Subuh ni bila matahari naik (hadis sahih riwayat Imam at-Tirmizi rahimahullah).

Sampai Nabi sarankan untuk qada' sekiranya tak sempat, memang special la kan?

Ada pun hadis riwayat Imam Abu Dawud rahimahullah tentang seorang sahabat qada' qabliyah Subuh setelah solat Subuh dan Nabi diamkan perbuatan sahabat ni sebagai tanda setuju...

Ada pertikaian dalam status hadis ni - ada yang kata hadis ni mursal.


Jom la ambil peluang biasakan diri kerjakan qabliyah Subuh ni...

Ringkas je qabliyah Subuh ni bila Ummul Mukminin Aisyah radiAllahu'anha gambarkan betapa cepatnya qabliyah Subuh Nabi... 

Seakan-akan Nabi hanya baca Ummul Kitab sahaja (hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari rahimahullah).

Kalau dah tak sempat sangat, boleh la qada' bila matahari naik (betul-betul tak sempat ye nak qada' ni, bukan saja-saja buat qabliyah Subuh waktu matahari terbit).

Jom la kejar ganjaran yang lebih baik daripada dunia dan isi dunia ni 👍

WaALLAHu'alam.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments