ASWJ Mencintai Ulama Sunnah dan Membenci Tokoh-tokoh Bid’ah

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Wajib beriltizam dengan al-jamaah. Itulah makna berpegang teguh dengan tali Allah. Antara makna jamaah ialah bersama dengan imam dan jamaah muslimin sekiranya ada dan bersama ulama muslimin (ulama Sunnah).

Allah berkata, 

وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah (agama Allah), dan janganlah kamu bercerai berai…” (Al ‘Imran: 103). 

ASWJ berguru dengan ulama Sunnah, bukan ulama bid’ah. Bersahabat rapat dengan ahl Sunnah, menjauhi ahli bid’ah kecuali untuk berdakwah menjelaskan kebenaran dan memberikan nasihat kepada mereka. Bukan seperti pro Sunnah, mereka itu berani menghina ulama dan asatizah Sunnah, melabel asatizah sebagai khawarij takfiriyyun, bukti mereka bukanlah ahl Sunnah tulen. Prosunnat mengutuk para asatizah salafiyyin yang memerangi syirik-syirik dengan tegas. Mereka memandang sinis dan benci kepada pengajian kitab-kitab tawhid secara terperinci. 

Antara tanda Ahl al-Sunnah ialah mengasihi Ulama Sunnah (salafiyyun) dan sekalian Ahl al-Sunnah, serta mengikuti aqidah dan fiqh mereka. Adapun sekadar mendakwa cinta dan mengikuti fiqh mereka seperti kebanyakan golongan mutakhir, tanpa mengikuti aqidah mereka, itu hanyalah dakwaan kosong yang tiada nilai sedikit pun. 

Sesiapa yang membenci asatizah salafiyyun, atau memuji ahli bid’ah maka dia bukanlah sunni salafi, bukan ASWJ. Apalagi sekiranya mengikuti Ahli Bid’ah.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments