Para Sahabat Nabi Adalah Du’at Sebenar Yang Memiliki Basirah.

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


قُلْ هٰذِهٖ سَبِيْلِيْٓ اَدْعُوْٓا اِلَى اللّٰهِ ۗعَلٰى بَصِيْرَةٍ اَنَا۠ وَمَنِ اتَّبَعَنِيْ ۗوَسُبْحٰنَ اللّٰهِ وَمَآ اَنَا۠ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

Terjemahan

Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah berdasarkan basirah (dengan yakin dan hujjah yang jelas), Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” (Yusuf: 108).

Mengajak kepada Allah iaitu mengajak manusia agar mentawhidkan Allah (la ilaha illa Allah), bukan mengajak kepada dirinya atau parti atau jemaah atau organisasi tertentu. Inilah islam dan Sunnah yang sahih. mengajak dan menyukakan kepada tawhid, melarang dari segala yang menjauhkan dariNYA.

Berdasarkan ilmu yang sahih, hujjah yang jelas dan keyakinan, bukan dengan kejahilan dan kekaburan atau keraguan. Dalam keadaan dirinya mentawhidkan Allah, mencintaiNYA, mengagungkanNYA dan mensucikanNYA, menerima syariahNYA, berlepas diri dengan sempurna sepenuhnya dari segala syirik dan musyrikin, serta menjauhi mereka. Berlepas diri dari aqidah, ibadah, perayaan, pakaian dan negara musyrikin. Tidak mensyirikkan dalam sebarang urusan, pada sebarang waktu, bahkan menyembahNYA dengan mengikhlaskan segala ibadah kepadaNYA. Berlepas diri dari segala syirik, shuraka’ dan andad, alihah dan awthan.

Ibn ‘Abbas berkata, “Mereka itu adalah Ashab Muhammad saw.”

Al-Baghawi berkata, “Basirah adalah ma’rifah yang dapat membezakan antara haqq dan yang batil.” (Tafsir al-Baghawi). Ibn Zayd berkata, “Menjadi kewajipan orang yang mengikuti Nabi, untuk mengajak kepada apa yang diajak oleh baginda, dan memberi peringatan dengan al-Quran serta menghalang dari segala maksiat. (Tafsir al-Tabari, al-Baghawi).


Gambar hiasan semata-mata

[Gerakan PENA Malaysia]




Comments