Poligami... Mana Mungkin ?

OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya

Sudah lama saya tak coret dengan coretan yang panjang tentang poligami. Jadi nak berkongsi pertengahan Syaaban ni tentang poligami. 

Semalam saya disanggah oleh beberapa individu dari kaum Hawa tentang poligami. Antara subject matter atau mungkin sy katakan ianya Syubhat bila mana mereka mengucapkan

"mana mungkin ada wanita di atas muka bumi ini dapat menerima poligami melainkan dipaksa dan terpaksa dan... Bahkan Tidak akan ada lelaki yang mampu adil dlm poligami melainkan Nabi".. ☺️

Wahai kaum Hawa yg beriman..
Syariat poligami bukan khusus utk Nabi. Ianya hanya khusus sebagaimana Nabi yang punya isterinya 9 orang. Ternyata hanya Baginda sahaja mampu utk beristeri dan menguruskan 9 isteri sehingga akhir hayat beliau. Mana mungkin Allah syariat kan sesuatu yang luar dari kemampuan hambaNya? Yang benar, Ya manusia seperti kita tak mampu melebihi 4 orang, lalu syariat membatasinya kepada 4. (yang 2, 3 pun perit dirasa, apatah lagi 4).

Tidak kita lupa Allah berfirman وما أرسلناك الا رحمة للعالمين؟. Semestinya dengan ayat ini, kita beriman bahawa apa jua syariat dari Allah melalui RasulNya sudah pasti padanya ada kebaikan baik yang kita sedari atau tidak..kita rasa tak baik bg kita, tapi mungkin baik utk orang lain. Yang pelik, kita yang sendiri merasa maslaah dan susah bagi pihak orang lain.. 

Ia sebagaimana kita katakan " mana mungkin manusia tak terlibat dgn Riba"... 

"mana mungkin ada manusia mampu tinggalkan muzik?

 "Mana mungkin manusia mampu membyr zakat berjuta juta?" 

"Mana mungkin wujud manusia yang setiap hari dia bangun seprtiga malam?"

"mana mungkin perempuan mampu menutup Muka dan mata mereka kerna kepaanasan yg amat"..

Dan terus menerus ucapan "mana mungkin" di ucapkan..kerana apa? Kerna mana mungkin itu utk diri kita, dan bukan org lain.. 

Ketahuilah..

Yang mengucapkan "mana mungkin" adalah dirimu dan manusia sekelilingmu..

"Mana mungkin" Allah syariatkan sesuatu utk membawa hambaNya ke neraka? Ia tidak lain agar untuk membuktikn ketakwaan hambaNya melalui syariatNya..

Jgn hanya kerana dirimu tak mampu atau mereka dalam radar pemerhatianmu yang tidak upaya, lalu kamu mengatakan syariat Allah yang bersifat Rahmah utk sekalian alam ini mustahil utk diamalkan.

Oleh kerana itulah.. ALLAH telah berfirman ان أكرمكم عند الله اتقاكم...AlHujurat :13. Mereka yang kita rasa kan mana mungkin itulah yang menjadi mulia dan dibanggakan Allah di depan hambaNya yang lain termasuk para malaikat. 

Allah mengetahui hakikat kemampuan makhluk ciptaanNya.. 

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan , Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna dibandingkan kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israa’ : 70).

Saya tegas kan... MANA MUNGKIN syariat Allah ini datang untuk membawa manusia kepada kecelakaan dan membawa manusia kepada azab melainkan mereka sendiri yang memilihnya kepada hal itu. 

 Allah SWT:

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ

Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. ( al-Taubah:120)

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman, 
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-‘Ankabuut:2-3) 


Sungguh kehidupan yang sementara ini sesuatu yang sukar dibincang jika tidak meletakkan iman di depan.

Apa jua syariat Allah, ia datang utk membawa kebaikan dan mengangkat darjat hambaNya. Andai kita rasa berat, rasa teruji maka Allah ajar kita bagaimana mengatasinya. Poligami boleh jadi rahmat utk seseorg atau ujian utk orang yang lain.

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ
 “Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.”(An-Nahl: 53) 

, عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ.
 “Sungguh amat menakjubkan urusan orang Mukmin, sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali bagi orang Mukmin. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan itu merupakan kebaikan baginya.” (HR Muslim) 

Akhir bicara, Ketahuilah Allah sentiasa dekat dgn HambaNya. Berdoalah, kerana dgn Berdoa kepada Nya, yang MANA MUNGKIN dan Mustahil itu akan memungkinkan segalanya.

Bersangka baik lah pada Rabbmu.

Wallahu A'lam.

Jumuah Mubarakah. 

Yang serba kekurangan,
Bin Yahaya.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments