Sebutan Islam dan Iman di Dalam Al-Quran

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi bin Rusli


Dalam sebuah kaedah yang disebutkan oleh para ulama berkenaan sebutan Islam dan Iman di dalam Al-Quran, iaitu :

إذا اجتمعا افترقا ، وإذا افترقا اجتمعا

Maksudnya : Apabila Islam dan Iman itu terhimpun dalam satu ayat, maka maksud keduanya adalah berbeza. Adapun apabila keduanya terpisah (iaitu hanya disebut satu sahaja dari keduanya), maka keduanya terhimpun (iaitu Islam meliputi Iman @ Iman meliputi Islam).

Contoh, firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ

Maksudnya : Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa.

Perkataan Iman dalam ayat ini datang secara tunggal. Tidak disertakan sebutan Islam pada ayat yang sama. Justeru, perkataan Iman di sini turut meliputi Islam.

Maka natijahnya : Puasa bukan sekadar diwajibkan kepada orang beriman sahaja. Bahkan ia diwajibkan kepada keseluruhan umat Islam, baik mu’min mahupun munafiq. Namun, yang akan melakukan kewajipan berpuasa hanyalah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T. sahaja.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments