Sheikh Al-Maududi dan Imam Hassan Al-Banna Bukan Salafi

OLEH: Taufiq Tuah

Sheikh Abul Ala Maududi dan Imam Hassan al-Banna ialah dua sosok ikhwani yang sangat berpengaruh. Abu Ala yang mengasaskan gerakan dakwah di Pakistan manakala Imam Hassan di Mesir, kedua-duanya menjadi rujukan Ikhwani hari ini. 

Ada orang yang kata mereka berdua ialah salafi. Saya kira yang berkata begini memang tidak tahu menahu bahawa ikhwani memang sangat jauh dengan manhaj salafi.


BAB 1: PENYELEWENGAN SHEIKH ABUL ALA

1. Mengatakan Nabi Yusuf Ingin Menjadi Diktator Seperti Musolini.

Abul Ala menafsirkan Surah Yusuf ayat 55,

Dia (Yusuf) berkata, “Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir); karena sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, dan berpengetahuan.”

Tafsirannya:

“Sesungguhnya ini tidak menunjukkan permintaan Syaidina Yusuf ‘alaihi salam untuk menjawat sebagai menteri semata tetapi sesungguhnya ia berupa permintaan untuk menjadi diktator, oleh yang demikian kedudukan baginda benar-benar menyerupai kedudukan Musolini sekarang ini di Itali”

[تفهيمات Hlm 12. al-Maududi]


2. Menyokong Gerakan Khomeini

Kata Sheikh Abul Ala Al Maududi,

“Revolusi Khomeini adalah revolusi Islam, orang-orang yang menegakkannya mereka adalah Jamaah Islamiyah”

“Atas semua Muslimin secara umum dan pergerakan Islamiyah secara khusus, hendaklah membantu revolusi ini sedaya mungkin. Bertolong-tolongan bersamanya dalam setiap perkara”

[ الشقيقان المودودي والخميني Hlm. 3.]


3. Meragui Kebenaran Rasulullah

Sheikh Abul Ala meragui kebenaran sabda Rasulullah. Sehingga tergamak menulis sesuatu yang memperendahkam kedudukan Rasulullah.

“Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyangka tentang keluarnya dajjal pada zaman baginda atau dizaman yang dekat dengannya. Malangnya sangkaan ini sejak tahun 1350 yang lalu setelah abad yang panjang dajjal masih tidak keluar. Maka Jelaslah apa yang baginda sangkakan itu tidak benar......."

“Seribu tahun telah berlalu namun dajjal masih tidak keluar maka inilah kenyataannya (baginda tidak benar)”....

“Semua khabar dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang dajjal, kesemuanya berpandukan akal dan kiasan baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam semata. Baginda tidak tepat (ragu) dalam persoalan ini”. 

[Rasail wa-Masail. Hlm.57. cetakan 1351H]

Kata-kata Abul Ala ini menunjukkan bahawa pandangannya sangat bertentangan dengan Manhaj Salaf malah bertentangan dengan Islam secara am-nya. Lalu bagaimana kita men-Salafi-kan dia dikala mana dia sendiri memperendahkan para rasul dan mengangkat gerakan Syiah.


BAB2: IMAM HASSAN AL-BANNA BUKAN SALAFI

Untuk bab ini sebenarnya terlampau banyak bukti menyokong tajuk bab ini. Namun saya lampirkan sedikit sahaja, iaitu yang mana diakui sendiri oleh tuan punya badan.

Hassan Al-Banna berkata,

“Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin adalah dakwah Salafiyah, mengikut sunnah (tetapi) HAKIKATNYA sufiyah dengan berdasarkan gaya politik”.

[ Majmu’ah ar-Rasail al-Imam al-Banna, hlm. 122. Lihat: Nadarat fil Manhaj Ikhwanul Muslimin hlm. 27 ]


“Hasan al-Banna sering berkuliah di markas kesyirikan terbesar di Mesir iaitu di kubur Syaidah Zainab”.

[ al-Maurid al-Azb az-Zilal Fima Inqad ‘ala Ba’di al-Manahij ad Daiyah Minal ‘Aqaid wal-‘Amal, bab 10. Dan lihat: Qafilah al-Ikhwanul Muslimin. Oleh Abbas as-Sisi ]


Berkenaan dengan Sheikh Yusuf Al-Qardawi yang mengatakan Imam Hassan Al-Banna sebagai Salafi malah menafikan bahawa Imam Hassan bertareqat hasafiyah, kata² ini telah pun ternafi dengan keterangan di bawah.

“Saya menganggotai al-Ikhwan al-Hasafiyah (tariqat kesufian) di Damanhur. Saya sentiasa berada di Masjid Taubah setiap malam”. 

(Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna)


“Kemudian saya dipilih sebagai setiausaha di dalam tariqat ini (tariqat sufi al-Hasafiyah as-Syazaliyah)”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna)

Semoga nukilan pendek ini (jika nak dibadingkan buktinya yang berlipat ganda lebih banyak) dapat menjawab serba-serbi persoalan. Saya juga dahulunya seorang ikhwani di dalam jamaah yang melalui modul-modul IM. Saya kira bukan saya sahaja yang mempunyai pengalaman seperti saya, yang kemudian memahami manhaj salaf lalu meninggalkannya. Wallahualam.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments