Takfir ‘Awamm Muslimin

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Takfir ‘Awamm Muslimin
.
Asha’irah mengkafirkan ‘awamm muslimin yang tidak mempelajari aqidah mereka tentang kewujudan Allah dan sifat-sifatNYA dengan kaedah nazar falsafi (dalil2 ‘aqli) yang mereka namakan fardhu ayn. Iaitu Susunan yang mereka susun menggunakan qiyas-qiyas ‘aqli untuk mensabitkan kewujudan ALLAH seperti dalil huduth dan dalil imkan dll. 
.
Mereka menegaskan kewajipan mempelajari nazar ‘aqli dalam kitab2 mereka. Sesiapa yang tidak mengikuti kaedah ini disebut muqallid dan iman muqallid itu tidak sah. (Sebahagian mereka menyebut, sekiranya muqallid mati, maka mati dalam kufr dan kekal dalam api neraka Jahannam). Ini mazhab al-Ash’ari dan imam-imam selepasnya dan ini pilihan muhammad ibn yusuf al-sanusi dalam Umm Barahin dan kitab2 lain yang muktamad di sisi muta’akhkhirin. Al-Sanusi berkata dalam bukunya al-Manhaj al-Sadid (ms 48), “Ini pendapat jumhur (ahli kalam) dan sebahagian mereka mengatakan ini adalah ijma’ (ijma’ ahli kalam).” 

Ini ekstrem dalam takfir yang paling dahsyat kerana telah mengkafirkan seluruh muslimin sepanjang zaman hingga ke hari kita ini. 

Kegilaan Asha’irah dalam mengkafirkan muslimin ini telah dikritik keras oleh al-Ghazali (450-505H), al-Harawi (396-481H), al-Qurtubi 671 dan al-Simnani (361-444H) seorang tokoh besar Asha’irah sendiri. 

Abu Isma’il al-Harawi berkata, “Mereka membatalkan raqlid lalu mengakfrikan ibubapa mereka, pasangan mereka, dan awam muslimin, mereka mewajibkab mendalami ilmu kalam menajdikannya fardhu ayn lalu mengkafirkan generasi salaf.” (Bayan Talbis al-Jahmiyyah, 1/273) 

Al-Qurtubi berkata, 
Segolongan ahli kalam dari kalangan mutaakhhirin dan mutaqaddimin mengatakan bahawa, sesiapa yang tidak mengenal Allah dengan cara-cara yang mereka letakkan, kajian-kajian yang mereka hasilkan, tidak sah imannya dan dia adalah kafir. Bermakna kafir majority muslimin. Yang terawal mereka kafirkan ialah ibubapa mereka sendiri, nenek moyang mereka dan jiran-jiran mereka. 
Saya (al-Qurtubi) katakan, Pendapat ini tidaklah muncul melainkan dari orang jahil tentang Kitab Allah, Sunnah NabiNYA, kerana ia menyempitkan rahmat Allah yang luas untuk segelintir mutakallimin sahaja, semberono mengkafrikan kebanyakan muslimin. (Tafsir al-Qurtubi, 7/332)


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments