Kewajipan Ithbat Makna Yang Sahih dan Kebatilan Tafwidh Mutlaq.

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Al-Imam Malik ibn Anas (93-179H) pernah ditanya dalam majlisnya tentang ayat Allah, 

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى 

"Ar-Rahman di atas 'Arasynya DIA duduk bersemayam." (Taha: ayat 5), 

Bagaimana caranya ALLAH duduk bersemayam?. 

Maka al-Imam Malik menjawab, “Duduk bersemayam itu ma’lum (diketahui maknanya iaitu duduk, tinggi dan menetap), bagaimananya (caranya) tidak diketahui, menanyakan bagaimananya adalah bid'ah!, 

dan saya memandang kamu (yang bertanya) sebagai orang yang sesat.” 

Kemudian beliau memerintahkan untuk mengeluarkan lelaki tersebut dari majlis. 

(Riwayat al-Imam al-Sabuni dalam ‘Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith dengan sanad hasan).

Ini bantahan kepada golongan tafwidh mutlaq iaitu mufawwidah yang mengatakan tiada seorang pun atau satu makhluk mengetahui makna sifat. Tafwidh mutlaq bermakna mendiamkan makna sifat kerana tidak tahu makna sifat ALLAH, lalu menyerahkan makna sebenar kepada Allah. Yakni sifat ALLAH hanyalah lafaz yang tidak mempunyai sebarang makna. 

Hakikat tafwidh mutlaq adalah tajhil iaitu menuduh Jibril, Nabi, dan Sahabat sebagai jahil, tidak mengetahui makna kalimah-kalimah aqidah Sifat dalam al-Quran. Ini batil dan bid’ah. 

Tafwid mutlaq juga adalah meningkari makna yang sahih bagi sifat-sifat Allah. 



Di sisi ASWJ, wajib beriman kepada 

1-lafaz-lafaz dalam nass 

2-dan juga wajib beriman kepada makna-maknanya yang sahih yakni tafsirannya yang sahih. Tidak harus beriman kepada lafaz sahaja dan mengingkari makna lafaz. 

Cth: wajib beriman kepada istawa dan beriman kepada maknanya iaitu ‘ala , irtafa’ (tinggi), istaqarra (menetap), sa’ida (menaiki), dan jalasa (duduk)

Seperti membaca al-Fatihah, hendaklah membaca dan beriman kepada lafaz-lafaznya dan mengimani makna-maknanya yang sahih, bukan sekadar mempercayai dan membaca lafaznya sahaja.


[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments