Ajaran Yang Sebenar

 OLEH: Ustaz Abu Mubarak Mohamad Syafiq


Jadi ahlis sunnah ni tak meriah, orang tak suka, tak ada kawan, dari zaman Nabi SAW sampai sekarang ajarannya tak berubah, aqidah dan ibadah mereka tak berubah, malah nak faham mudah sangat,  kadang-kadang sampai orang kutuk " duduk dalam gua".

Jadi ahli kalam baru meriah, macam-macam kumpulan duduk dalam satu kem, mula dengan falasifah, mujassimah, jahmiah, mu'tazilah, kullabiah dan pecahan-pecahannya.. kemudian kumpulan -kumpulan senior pun ikut join sekali dalam satu kem seperti khawarij dan pecahannya, murji'ah dan pecahannya, syi'ah dan pecahannya dan lain-lain

Lebih menarik lagi, tiap-tiap ajaran di atas sentiasa berubah dari semasa ke semasa, tiap-tiap kumpulan ada mutaqaddimin dan muta'khharin, tiap-tiap kumpulan ada salaf dan khalafnya dalam konteks yang tersendiri sehingga lahirnya kumpulan sufiah , bathiniyah dan segala pecahannya..

Bertambah meriah lagi, masing-masing mendakwa pemikiran mereka adalah kebenaran qath'ie, maka sepanjang sejarah Islam, mereka ini sentiasa berdebat antara satu sama lain, umat Islam disibukkan untuk membincangkan isu sesama mereka

Zaman sekarang, mereka ramai-ramai boleh bersatu dan melupakan persengketaan lebih seribu tahun,  semata-mata nak lawan kumpulan yang mereka namakan sebagai hasyawiyah, wahabiah dan macam-macam gelaran lain, semua mereka sepakat berkata kepada pengikut masing-masing "jangan dekati geng-geng dalam gua, perasan dia sahaja betul, nanti jadi ekstrim, kafirkan orang sana sini"



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments