Kehadiran Insan Istimewa

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Sebilangan, kalau tidak ramai, orang yang berubah menjadi lebih baik kerana mempunyai pasangan yang soleh dan solehah, seperti wanita yang mula bertudung labuh dan berniqab kerana berkahwin dengan ustaz.

Teringat di Mu'tah, ada seorang pak cik yang rapat dengan kami mengaku pernah hidup dalam kefasiqan. Beliau menceritakan bahawa beliau semasa mudanya selalu minum arak dan mengabaikan solat. Tetapi, setelah berkahwin dengan wanita yang berniqab (yang merupakan minoriti di Jordan), beliau berubah. Dan pada mata kami, beliau - masya-Allah - seorang yang soleh.

Keadaan ini normal, kerana kita suka meniru orang yang kita cinta. Apabila tertarik dengan orang yang lebih soleh dan solehah, sudah tentu akan terdetik di hati kita untuk berubah. Perubahan ini pastinya lebih mudah dengan dorongan, bimbingan, dan doa daripada si dia.

Namun, kadang-kadang kehadiran insan istimewa itu satu ujian. Tanpa diduga atau diminta, jodoh ternyata tidak panjang, dan lebih mencabar iman apabila dia didapati tidak sebaik yang disangka, malah lebih teruk daripada kita. Ketika itu, impian untuk menjadi lebih baik dan penghijrahan yang telah dibuat berada dalam dilema - sama ada diteruskan atau tidak. 

Dalam keadaan ini, hanya orang yang betul-betul berhijrah dan berubah kerana Allah akan istiqamah dengan kebaikan yang telah dilakukan.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments