Bergantung Pada Sebab Musabab dan Bertawakal Pada Allah

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


- Yakin boleh! 

- Believe in yourself, you can do it!

Bergantung pada sebab musabab dengan meyakini bahawa ia memberi kesan tanpa mengaitkannya dengan ketetapan dan kehendak Allah ﷻ akan merosakkan pegangan akidah.  

Ini kerana tiada apa yang dapat memberi kesan tanpa izin dan kehendak Allah ﷻ. 

Firman Allah ﷻ: 

وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ.

“Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:102]

Maka perbuatan bergantung pada sebab musabab semata-mata adalah syirik yang menyalahi tauhid sedangkan perbuatan meninggalkan sebab musabab pula bertentangan dengan apa yang digariskan oleh syarak. 

Keyakinan yang benar mewajibkan supaya bertawakal pada Allah ﷻ di samping berikhtiar dengan mengambil sebab musabab. 

Justeru Muslim seharusnya berhati-hati dengan perkataan-perkataan seperti ‘yakin boleh’ (believe in yourself), ‘kejayaan di tangan anda’, anda mampu melakukannya’(you can do it), ‘trust no one but yourself’ dan seumpamanya kerana ia menyalahi akidah Islam. 

Sebaiknya perkataan-perkataan ini diganti kepada ‘berserah pada Allah’, ‘mintalah kejayaan daripada Allah’, ‘mohonlah agar Allah permudahkan’, ‘tiada apa yang mustahil bagi Allah’ dan seumpamanya. 


[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments