Kuliah Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Ulama besar Madinah

Setelah sekian lama tidak mengadakan kuliah, ulama besar kontemporari Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad - hafizahullah - kembali semula mengadakan kajian beliau di Masjid Nabawi, Madinah mensyarahkan Kitab al-Tauhid. 

Dikatakan kuliah terakhir beliau 4 tahun dahulu. 

Syeikh sudah sangat uzur, menggunakan kerusi roda dan berumur hampir 90 tahun. 

Beliau merupakan di antara ulama-ulama kibar Salaf pada zaman sekarang seangkatan dengan Syeikh Bin Baz, Syeikh al-Albani, Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahumullah. 

Di samping beliau ialah Syeikh Saleh bin Fauzan al-Fauzan dan yang lain hafizahumullah. 

Bermula hari Jumaat lepas, kuliah beliau dijadualkan akan berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu selepas Maghrib di bahagian kanan Masjid Nabawi menghadap kiblat berhampiran pintu no. 5.  

Peluang yang sangat berharga buat para penuntut ilmu di sana untuk hadir dan belajar manakala para jemaah umrah pun boleh turut serta jika berkesempatan apabila menziarahi Madinah.

Syeikh Abdul Muhsin sebelum ini dikatakan telah pun mensyarahkan keenam-enam kitab utama hadis; Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Sunan al-Nasaie. 

Beliau ialah bapa kepada Syeikh Abdul Razzaq al-Badr yang juga merupakan antara tenaga pengajar di Masjid Nabawi. 


CATATAN 

Syeikh Abdul Muhsin pernah mengajar kami di Universiti Islam Madinah semasa tahun kedua, Kuliah Syariah, lebih 20 tahun yang lalu. 

Saya merasakan Syeikh secara tidak langsung melalui kajiannya ini - yang barangkali terakhir - ingin menegaskan keutamaan setiap Muslim tanpa mengira usia mendalami erti Tauhid mengesakan Allah ﷻ dan menjauhi syirik kerana itulah jaminan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mana-mana dakwah yang tidak menegaskan kepentingan tauhid serta bahaya syirik adalah batil dan sia-sia. 

Pentingnya melazimkan diri hadir majlis kajian Salaf.


[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments