Maulidur Rasul: Satu Kekeliruan

OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Sambutan mingguan atau perayaan tahunan? 

Hari kelahiran Nabi ﷺ bukan untuk dirayakan secara tahunan. 

Ini kerana Nabi ﷺ berpuasa pada hari kelahirannya, hari Isnin.  

Berdasarkan hadis di mana Nabi ﷺ apabila ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, baginda ﷺ bersabda: 

ذَاكَ يَوْمٌ ‌وُلِدْتُ ‌فِيهِ.

“Ia merupakan hari kelahiranku.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Dalam masa yang sama, maklum bahawa Muslim dilarang berpuasa pada hari perayaan. 

Ini bermaksud sekiranya hari kelahiran Nabi ﷺ disambut dengan merayakannya nescaya baginda ﷺ tidak akan berpuasa pada hari kelahirannya, hari Isnin.

Dengan kata lain, kelahiran Nabi ﷺ hendaklah disambut secara mingguan dengan berpuasa pada hari Isnin sebagaimana mafhum hadis di atas, bukan dengan diadakan perayaan tahunan pada tarikh kelahirannya yang diperselisihkan oleh para ulama. 

Maka dari sudut ini ucapan 'Salam Maulidur Rasul' lebih tepat jika diucapkan pada hari Isnin kerana itulah hari kelahiran baginda ﷺ yang sabit dalam hadis sahih.

Tetapi perlu ditegaskan bahawa tiada apa-apa ucapan yang diajar atau diamalkan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat dalam hal ini.

Sebaiknya ucapan sedemikian dielakkan.

 


KEKELIRUAN (2)

Menggantikan acara perarakan, berselawat beramai-ramai, berqasidah dan tahlil kepada program ceramah sirah Nabi ﷺ dan seumpamanya, hakikatnya ia hanya menambahkan lagi kekeliruan. 

Jika benar hendak diadakan ceramah sirah Nabi ﷺ bagi memperingati hari kelahiran baginda ﷺ maka selayaknya diadakan secara mingguan pada hari Isnin, hari kelahiran baginda ﷺ di samping berpuasa sunat pada hari tersebut sebagaimana yang dianjurkan.

Justeru hanya dengan umat Islam kembali kepada al-Sunah nescaya kekeliruan-kekeliruan akan dapat diluruskan. 

Wallahulmuwaffiq. 


[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments