Petir Membakar Untuk Jahmiyyah Kuffar

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


وقال الإمام الدارمي في نقضه على المريسي الجهمي (1/509):" فقد أخبر الله العباد أين الله وأين مكانه، وأيَّنَه رسول الله في غير حديث"،

Al-Imam al-Darimi berkata dalam al-Naqdh ‘ala al-Marisi al-Jahmi al-‘Anid, (1/509), Sesungguhnya Allah telah mengkhabarkan kepada hamba-hambaNYA di mana Allah dan di mana tempatNYA. Rasulullah saw telah bertanya tentang “di mana Allah” dalam banyak hadith.

وقال (1/511):" فلو لم يوصف بأين كما ادعيت أيها المعارض لم يكن رسول الله يقول للجارية أين الله فيغالطها في شيء لا يؤين وحين قالت هو في السماء لو قد أخطأت فيه لرد رسول الله عليها وعلمها، ولكنه استدل على إيمانها بمعرفتها أن الله في السماء،

Al-Darimi berkata, (1/511),

Maka sekiranya Allah tidak disifatkan dengan “di mana” sebagaimana yang kamu dakwakan wahai pembangkang (mubtadi’), pastilah Rasulullah saw tidak akan bertanya kepada jariyah itu “Di mana Allah” lalu memperdayakannya dalam sesuatu yang tidak boleh ditanya di mana.

Ketika jariyah itu berkata “di atas langit,” sekiranya ia tersalah pasti Rasulullah saw membantahnya dan mengajarkannya jawapan yang betul. Tetapi Rasulullah saw berdalil dengan jawapaan perempuan itu bahawa “makrifatnya akan Allah di atas langit sebagai bukti keimanannya.”

وكذلك روي لنا عن ابن المبارك، حدثناه الحسن بن الصباح ثنا علي بن الحسن الشقيقي قال قيل لابن المبارك: بأي شيء نعرف ربنا؟ قال: بأنه في السماء على العرش بائن من خلقه، قلت: بحد؟ قال: بحد"،

Demikian juga, telah diriwayatkan kepada kami dari Ibnu al-Mubarak. Al-Hassan Ibn Al-Sabah memberitakn kepada kami (dia berkata), ‘Ali bin Al-Hasan al-Shaqiqi memberitahu kami. Ibnu Al-Mubarak ditanya: Bagaimana kami mengenal Tuhan kami. ?

Dia (Ibn al-Mubarak) berkata: Dia berada di atas langit, di atas Arasy, terpisah daripada makhluq ciptaan-Nya. Aku bertanya: Adakah ada batasnya? Dia berkata: Ya , ada batasnya.

قال الدارمي: فهذا القرآن ينطق بأن الله تعالى يوصف بأين، وهذا رسول الله قد وصفه وعليه درج أهل المعرفة من أهل الإسلام، فمن أنبأك أيها المعارض غير المريسي أن الله لا يوصف بأين فأخبرنا به، وإلا فأنت المفتري على الله الجاهل به وبمكانه"،

Al-Darimi berkata: Jelas Al-Qur’an ini mengatakan bahawa Allah Taala disifatkan dengan “Di mana”cara, dan Rasulullah sendiri telah mensifatkannya (dengan di mana) dan begitulah keadaan sekalian orang yang berilmu dari kalangan orang Islam.

Maka siapakah yang memberitahu kamu wahai pembangkang (ahli bid’ah) selain al-Marisi, bahawa Allah tidak disifatkan dengan “di mana” ? (tidak di suatu tempat), maka beritahu kami tentangnya, jika tidak, kamu adalah pemfitnah terhadap Allah, jahil tentang DIA dan tempatNYA.” (Al-Imam al-Darimi, al-Naqdh ‘ala al-Marisi al-Jahmi al-‘Anid, (1/509)


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments