Adab-adab Membuang Hajat (Membuang Air) Menurut Al-Sunnah

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


Hantaran sebelum ini membidas tatacara kencing tertentu yang didakwa menurut al-Sunah kerana ia lebih kepada menyusahkan apa yang telah sedia dimudahkan oleh agama. 

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10224582454900676

Berikut adalah ringkasan adab-adab membuang hajat yang sabit dalam al-Sunah: 

1. Menjauh dan melindungi diri daripada pandangan manusia lain;

2. Tidak membuang hajat di tempat laluan manusia, tempat mereka berteduh atau berkumpul;

3. Tidak kencing dalam air yang tidak mengalir; 

4. Tidak mengangkat pakaian kecuali setelah berada di tempat membuang hajat supaya aurat tidak tersingkap; 

5. Afdalnya kencing secara duduk dan dibolehkan secara berdiri jika aman daripada terkena percikan air kencing;

6. Membaca doa sebelum membuang hajat;

بِسْمِ اللهِ اللهمَّ إنّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الخُبْثِ وَالخَبَائِثِ.

(Bismillah, allahumma inni auzu bika minal khubthi wal khabaith)

7. Tidak mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil (di dalam bangunan atau di tempat terbuka); 

8. Menjaga tubuh badan dan pakaian daripada terkena percikan air kencing; 

9. Tidak beristinjak dengan tangan kanan;

10. Beristinjak dengan menggunakan air; 

11. Jika beristijmar maka jangan kurang daripada tiga buah batu; 

12. Tidak beristijmar dengan kotoran haiwan atau tulang; 

13. Tidak menjawab salam ketika membuang hajat;

14. Membaca doa setelah selesai membuang hajat; 

غُفْرَانَكَ.

(Ghufranak)

15. Membasuh tangan setelah selesai membuang hajat.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk hidayah. 



[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments