Kenapa Suami Susah Untuk Disakiti Oleh Isteri?

 OLEH: Dr Fadlan Mohd Othman


Kenapa suami susah untuk disakiti oleh isteri?

Semasa saya menyemak kitab Tafsir Nurul Ihsan, karangan al-'Alim al-Fadil Muhammad Sa'id bin Umar rahimahullah, beliau ada menyatakan pada Surah Fatir, ayat 11:

"Dan Allah itu Tuhan yang menjadi kamu daripada tanah. Yakni Adam, maka jadi Hawa daripada tulang rusuk kiri Adam dalam lenanya dengan tiada sakit Adam. Maka dengan sebab itu tiada sakit suami dengan disakiti oleh isterinya." 

Apabila saya membaca istinbat tafsiri ini, saya tergelak seorang diri.

Patutlah kita sebagai suami ini rileks sahaja apabila sang isteri yang disayangi membebel kepada kita...

Suatu istinbat tafsiri yang tepat oleh Shaikh Muhammad Sa'id Umar rahimahullah...

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments