Orang Ditimpa Musibah

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

- Musibah sebenar 

Muslim diperintah supaya bersabar saat ditimpa musibah.

Sabar menghadapi musibah merupakan sebahagian daripada tuntunan iman kepada qadak dan qadar iaitu keyakinan bahawa segala sesuatu yang berlaku di dunia telah pun ditulis dalam Lohmahfuz dan segala kejadian dalam hidup manusia berlaku mengikut kehendak dan izin Allah ﷻ. 

Musibah ialah ujian yang Allah ﷻ datangkan atas manusia bagi menentukan antara mereka yang sabar berbanding mereka yang kufur. 

Maka orang yang sabar menghadapi musibah ialah orang yang berjaya kerana meraih pahala, mendapat keredaan Allah ﷻ serta diberi ganjaran syurga di akhirat kelak.

Berbeza dengan orang yang tidak sabar apabila diuji dengan musibah, mencemuh takdir dan mempersoalkannya maka dialah orang yang gagal dalam ujian dunia kerana mendapat dosa, dimurkai Allah ﷻ serta diancam dengan azab api neraka. 


ORANG YANG SEBENARNYA DITIMPA MUSIBAH

Justeru orang yang benar-benar ditimpa musibah ialah mereka yang tidak dapat sebarang pahala daripada musibah yang menimpanya gara-gara dia tidak sabar. 

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Sudahlah ditimpa musibah lalu ditambah dengan musibah lain kerana mendapat dosa gara-gara tidak sabar.

Maka awasilah diri apabila musibah mendatang, jaga hati, lisan dan perbuatan. 

Jangan ada sebarang reaksi yang menampakkan diri tidak sabar. 

Sebaliknya, tahanlah diri kerana itulah erti sabar dan ucapkan “Innalillah wa inna ilaihi rajiu’un.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:156]


CATATAN

Elakkan perkataan-perkataan seperti “cis”, “tak guna”, “aduh” dan seumpamanya kerana dikhuatiri akan mengurangkan pahala sabar atau akan menghapuskannya sama sekali. 



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments