Syeikh Ubaid Al-Jabiri Rahimahullah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

Syeikh Ubaid al-Jabiri terdiri daripada kalangan ulama besar Salafi yang gigih mengajar dan menyampaikan ilmu. 

Beliau antara bekas pengajar di Universiti Islam Madinah.

Antara kenangan manis sewaktu saya belajar di sana semasa tahun akhir kuliah pada tahun 2002, usai mendengar tausiah Syeikh Rabi bin Hadi al-Madkhali hafizahullah dalam sebuah pertemuan bersama para penuntut ilmu yang turut dihadiri oleh Syeikh Ubaid, saya bersama Syeikh Ubaid pulang menaiki kereta sahabat sekuliah saya Dr. Abdul Rahman al-Omaisan. 

Dalam perjalanan pulang Syeikh meminta untuk berhenti di kedai runcit kerana mahu membeli ‘laban’. Ternyata Syeikh turut membelanjakan saya sebotol daripada minuman itu. Barangkali itulah minuman ‘laban’ yang paling sedap saya pernah rasa. 

Apabila sampai di rumah Syeikh betapa terkejutnya saya melihat rumah Syeikh yang sangat sederhana dan kecil mirip rumah-rumah lama yang dibuat daripada tanah liat. Jelasnya Syeikh sangat tawaduk dan zuhud. 

Khabarnya beliau yang sudah pun berumur 84 tahun semalam meninggal dunia dan jenazah beliau telah disolatkan di Masjid al-Nabawi, Madinah selepas Asar. 

Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau. 


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments